Kami sentiasa komited untuk menyediakan produk yang berkualiti kepada pelanggan kami. Walaupun kami berharap anda sentiasa puas hati dengan pembelian HAUS Cosmetics, kami menyedari ada kalanya anda mungkin perlu mengembalikan produk. Dengan membuat pembelian di kedai atas talian kami, anda bersetuju dengan polisi pemulangan kami sepenuhnya, seperti yang disenaraikan seperti berikut. 

 

  1. Sebarang pemulangan harus dilakukan dalam tempoh 14 hari dari tarikh resit untuk pembayaran balik atau kredit stor. 
  2. Barangan haruslah berada dalam bentuk asal, tidak dibuka dan dalam keadaan yang tidak diguna.
  3. Dukacita kami maklumkan bahawa kami tidak akan membuat pembayaran balik untuk kos penghantaran bagi barangan yang dipulang. 
  4. Sila rujuk bahagian hadapan resit anda atau slip pembungkusan untuk tujuan pemulangan anda. Sila hantar produk Haus Cosmetics anda ke alamat seperti berikut: 

 

HAUS Cosmetics (GIM Cosmetic Industries Sdn Bhd),

Attn: Customer Service Department,

9, Jalan 5/118C,

Desa Tun Razak,

56000, Kuala Lumpur

 

HAUS Cosmetics tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang pakej yang hilang atau rosak sepanjang proses penghantaran oleh Syarikat Perkhidmatan Pos atau Kurier.

 

Hanya produk yang dibeli di Haus Cosmetics Malaysia Online boleh dipulangkan untuk pembayaran balik atau kredit stor. Sekiranya anda layak untuk pembayaran balik atau kredit stor, kami akan memproses jumlah pembayaran balik dalam tempoh (30) hari dari tarikh kami menerima barang yang dikembalikan dalam keadaan asalnya. Anda akan menerima notifikasi pemulangan anda daripada kami melalui emel atau Whatsapp +60163325545
 

Produk yang dibeli di HAUS Cosmetics Malaysia Online tidak akan diterima untuk pemulangan di Kedai-Kedai Rakan Kongsi kami.