Troli Kosong
Super Sensitive Beauty Lotion (100g)
Senarai bahan: Aqua, Dicaprylyl Carbonate, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Butyrospermum Parkii (Shea Butter), Saccharide Isomerate, Sodium Polyacrylate, Butylene Glycol, Propylene Glycol, C10-18 Triglycerides, Argania Spinosa Kernel (Argan) Oil, Hydroxyacetophenone, Citrus Medica Limonum (Lemon) Peel Oil, Sodium Hyaluronate, Glyceryl Stearate, Spent Grain Wax, Caprylic Acid, Xylitol, Triolein, Centella Asiatica Extract, Pentaerythrityl Tetra-di-t-butyl Hydroxyhydrocinnamate, Glyceryl Laurate, Ethylhexylglycerin, Glyceryl Dioleate, Polygonum Cuspidatum Root Extract, Scutellaria Baicalensis Root Extract, EDTA, Camellia Sinensis Leaf Extract, Citric Acid, Glycyrrhiza Glabra (Licorice) Root Extract, Sodium Citrate, Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extract, Rosmarinus Officinalis (Rosemary) Leaf Extract, Tocopherol
Tekstur losyen yang mewah dan halus. Diformulasi berasaskan air, menggunakan bahan-bahan yang menenangkan dan melembapkan kulit. Formulasi unik dengan 3 jenis minyak pati tumbuhan bersama 7 jenis ekstrak tumbuhan herba sememangnya satu “skinvestment” yang berbaloi.
Super Sensitive Beauty Lotion mengambil langkah berani untuk mengetengahkan penggunaan spesis yang unik dan sukar ditemui dalam pemilihan bahan-bahannya. Sunflower Seed oil dan Argan oil tinggi dengan Vitamin E yang menyuburkan kulit. Lemon Peel oil adalah sumber Vitamin C iaitu antioksidan yang hebat dalam melawan radikal bebas, bagi memastikan kulit yang lebih sihat melalui pembaharuan sel kulit.
Losyen kecantikan ini bukan sahaja melembapkan kulit. Formulasi uniknya merangkumi 7 jenis ekstrak tumbuhan herba yang terbaik untuk kulit! Centella Asiatica extract atau Pegaga adalah bahan terbaik untuk sistem pertahanan kulit. Skin barrier yang sihat bermaksud kulit dalaman dan luaran yang jauh lebih sihat. Green Tea leaf extract adalah antioksidan yang baik untuk kulit sehalus bayi dengan mengembalikan keremajaan kulit. Rosemary leaf extract sangat membantu dalam mengurangkan kemerahan dan keradangan kulit dengan menenangkan kulit melalui ciri anti-radangnya.
Chamomile Flower extract telah digunakan secara meluas dalam produk hypoallergenik kerana kemampuannya dalam menenangkan kulit. Sementara Licorice root extract membantu memudarkan hiperpigmentasi, bintik hitam, malah kesan parut di kulit. Dengan itu, tiada lagi masalah tona kulit tidak sekata!
Tidak dilupakan, antara bahan terbaik yang digunakan tentulah Shea Butter, Spent Grain wax, dan Saccharide Isomerate untuk 72 jam hidrasi bagi memastikan kulit kekal lembap dan anjal.
Langkah penggunaan: Boleh digunakan ia sahaja. Paling baik digunakan selepas Super Sensitive Beauty Soap. Ambil sejumlah kuantiti yang sesuai dengan hujung jari yang bersih. Ratakan ke bahagian yang diingini secara gerakan membulat untuk penyerapan terbaik ke dalam kulit. Untuk kegunaan wajah dan anggota tubuh.
FPX Atas Talian Dikuasakan Oleh ToyyibPay
© HAUS COSMETICS
Hak Cipta 2021 JUMAN WORLDWIDE RESOURCES SDN. BHD. (1175424-M)