Troli Kosong
Birdnest Beauty Elixir Spray (100ml)
KKM Notification: NOT210203000K
Senarai Bahan: Aqua, Citrus Limon (Lemon) Fruit Water,Vitis Vinifera (Grape) Fruit Water, Glycerin, Alcohol, PEG-60 Hydrogenated Castor Oil, Rose Flower Oil, Saccharide Isomerate, Phenoxyethanol, EDTA, Mentha Piperita (Peppermint) Oil, Pelargonium Graveolens Flower Oil, Swiftlet Nest Extract, Ethylhexylglycerin, Lecithin, Pistacia Lentiscus (Mastic) Gum, Hydrolyzed Royal Jelly Protein, Citric Acid, Sodium Citrate, Bacillus Ferment
Spray elixir yang sejuk menyegarkan, kaya dengan kebaikan bahan-bahan semula jadi untuk wanita ‘on-the-go’ yang tetap ingin menekankan kualiti dan kecantikan kulit. Elixir seringkali menjadi kekeliruan antara essence dan serum. Elixir diformulasi dengan molekul-melekul yang lebih halus untuk meresap jauh ke dalam kulit anda. Dengan itu, kebaikan bahan-bahan aktif dapat bekerja secara efektif dan berkesan.
Elixir juga bertindak sebagai ‘makeup base’ dan ‘setting spray’ bagi memberi ketahanan makeup yang lebih lama. Sementara serum merupakan formula dengan kepekatan yang tinggi dengan target masalah kulit yang spesifik dan essence pula bersifat lebih ringan dengan kepekatan yang lebih rendah dan tertindak sebagai lapisan tambahan bagi penghidratan.
Birdnest Beauty Elixir Spray ini diformulasikan untuk:
Membaik pulih tekstur kulit lapisan demi lapisan, menyekatakan tona warna kulit, meremajakan kembali penampilan kulit yang kusam akibat kulit kering yang yang tidak sihat. | Swiftlet Nest Extract atau Ekstrak Sarang Burung yang dibawa khas dari Korea ini membekalkan tenaga yang penting untuk pembaharuan sel bagi meremajakan kembali kulit. Dengan itu, ia sekaligus merangsang penghasilan kolagen untuk menambah baik tona kulit yang baru, menyerikan penampilan kulit yang kusam, melembapkan kulit, dan membaik pulih tekstur kulit supaya menjadi lebih anjal dan sihat berseri. Ini telah terbukti secara saintifik dari satu kajian yang dijalankan oleh pakar penyelidikan.
Mengecil dan mengetatkan liang-liang pori yang besar disebabkan bekas jerawat dan masalah kulit berminyak. Dengan itu, ia dapat menghapuskan ‘blackhead’ dan ‘whitehead’. | Pistacia Lentiscus (Mastic) Gum merupakan bahan semulajadi yang berkuasa untuk membaiki kulit yang kasar dengan menghaluskan liang pori sekaligus mengecilkan saiz pori. Dengan mengurangkan pori-pori, ia membersih ‘blackhead’ dan ‘whitehead’ memberikan kesan ‘non-comedogenic’. Ia juga dapat mengurangkan penghasilan sebum. Dengan itu menyingkirkan kilatan berlebihan yang tidak diperlukan di wajah dan memberi kesan ‘matte’ yang cantik. Bahan ini diimport khas dari Switzerland buat HAUS.
“Bank Kelembapan” kepada kulit yang sangat kering disebabkan kulit yang tidak sihat lalu mengakibatkan tekstur kulit kasar. | Saccharide Isomerate adalah ibarat versi baru yang ditambah baik bagi Hyaluronic Acid. Diperolehi dari bertih jagung, ia telah terbukti secara saintifik memberikan kelembapan mendalam selama 72 jam. Selain itu, peningkatan yang ketara dalam tekstur kulit dan kulit yang jauh lebih sihat dapat dilihat hasil dari kelembapan yang mendalam.
Membaiki kulit yang rosak dan terbakar akibat terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama dan tidak memakai sunblock atau sunscreen atau dalam kata mudahnya, seorang yang “outdoor type”. | Bacillus Ferment yang diimport khas dari Sepanyol adalah teknologi mikrobiotik yang berfungsi sebagai enzim semulajadi untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dengan proses pengelupasan lembut sekaligus membaiki dan menguatkan ‘skin barrier’. Dengan itu terhasillah penampilan kulit yang lembut, terhidrasi dengan baik, dan kulit lebih muda yang sihat.
Merawat kulit kusam yang tidak bermaya dan kering disebabkan kulit yang sensitif. | Grape Fruit Water kaya dengan asid organik semulajadi dari Alpha Hydroxy Acids (AHAs) dan polisakarida semulajadi yang melembapkan dengan kebolehan tinggi untuk mengekalkan hidrasi. Maka, menyuburkan kulit menjadi kulit baru yang berseri dan menenangkan kulit sensitif.
Menyekatakan tona kulit yang tidak sekata, memudarkan bintik-bintik gelap dan jeragat kerana terdedah kepada cahaya UV. | Lemon Fruit Water merupakan sumber yang kaya dengan Vitamin C semulajadi yang bekerja untuk melawan radikal bebas dengan ciri anti-oksidanya. Dengan itu menghasilkan kulit yang lebih cerah, bersih dari bintik gelap dan tona kulit yang tidak sekata.
Melegakan dan menenangkan masalah kulit kemerahan disebabkan kulit yang sensitif. | Hydrolyzed Royal Jelly Protein adalah sejenis rangkaian peptide untuk penghasilan kolagen. Penjanaan semula sel kulit dapat membaiki kerengsaan dan keradangan kulit. Ini telah terbukti secara saintifik dari satu kajian yang dijalankan oleh pakar penyelidikan.
Langkah penggunaan: Gunakan ia sahaja sebelum makeup sebagai primer asas dan selepas bersiap untuk memberi ketahanan yang lama kepada makeup. | Hanya semburkan ke atas berus yang digunakan untuk Matte Velvet Compact Powder untuk hasil kemasan selembut baldu.
FPX Atas Talian Dikuasakan Oleh ToyyibPay
© HAUS COSMETICS
Hak Cipta 2021 JUMAN WORLDWIDE RESOURCES SDN. BHD. (1175424-M)