Troli Kosong
KKM-Notification: NOT201107355K
Senarai bahan: Laminaria Digitata (Algae) Extract, Aqua, Butylene Glycol, Hydrolyzed Royal Jelly Protein, Salicylic acid, Niacinamide, Trideceth-6, Hydrogenated Polydecene , Sodium Polyacrylate , Centella Asiatica Extract, Hydrogenated Lecithin, Saccharide Isomerate, Allantoin, Maclura Cochinchinensis Leaf Extract, Propanediol, Phenoxyethanol, Citric Acid, Azelamidopropyl Dimethyl Amine, Glycerin, Potassium Sorbate, Sodium Benzoate, Pentaerythrityl Tetra-di-t-butyl Hydroxyhydrocinnamate, Colorant Blue (CI 77007), Caprylic/Capric Triglyceride, Cholesterol, Fragrance, Maltodextrin, Ethylhexylglycerin, Menthol, Menthyl Lactate, Sodium Hyaluronate, Capparis Spinosa Fruit Extract, Olea Europaea (Olive) Leaf Extract, Citrus Sinensis (Orange) Fruit Extract, Oryza Sativa (Rice) Extract, Dextrin, Sodium Citrate
Pelembab gel yang diformulasi dengan jaminan 100% berasaskan air, kami ciptakan khusus buat jenis kulit yang berminyak dan sensitif. Rasai tekstur yang ringan dan selesa ini dengan sendiri. Ia meresap terus ke dalam kulit anda dalam sekelip mata. Formula baharu yang ditambahbaik dengan Algae ini dihasilkan khas untuk merentasi masa kembali kepada kulit bayi tanpa cela!
Blood Orange kaya dengan Anthocyanins semula jadi untuk membantu melawan radikal-radikal bebas dan kerengsaan kulit supaya segala jerawat dan jeragat dihapuskan, Vitamin C untuk mencerahkan kulit, dan Vitamin A bagi mengekalkan kesihatan kulit dari dalam. Blood Orange ini telah dibuktikan secara saintifik dapat memberikan anda kulit lebih sihat yang sekurang-kurangnya dua tona lebih cerah.
Laminaria digitata (Algae) extract adalah spesis Brown Algae yang tumbuh di kawasan pantai Atlantik Utara. Selain Alginate, Algae juga kaya dengan mineral seperti Iodin, Magnesium, Kalium, Potassium, dan Sodium. Secara keseluruhannya, Algae bertindak sebagai anti-oksidan dan membekalkan sumber mineral semulajadi untuk kulit yang lebih sihat, kekal lembap dan bebas dari tanda penuaan!
Serum ini dimasukkan bersama bahan premium yang berkuasa untuk melembapkan iaitu Saccharide Isomerate untukk hidrasi sehingga 72 jam dan Sodium Hyaluronate di mana kemampuannya untuk menguatkan ‘skin barrier’ tidak dapat disangkal lagi.
SEBOCLEAR-MP™ adalah teknologi yang berkuasa mengunci kulit anda dari penuaan, mengetatkan liang pori untuk menghalang ‘blackhead’ dan ‘whitehead’, mengurangkan garis halus dan kedut, menyerap lebihan sebum untuk mengawal jerawat manakala Salicylic acid merupakan bahan kimia pengelupas untuk membantu melembutkan kulit dan mengetatkan liang pori.
Hydrolyzed Royal Jelly Protein membantu meningkatkan kolagen dan mengurangkan penghasilan melanin lalu memberikan anda kulit baru yang menyerlah berseri dan anjal. Niacinamide telah digunakan secara meluas untuk pencerahan kulit dan merawat jerawat dengan efektif.
Langkah penggunaan: Selepas mencuci dengan Blood Orange Algae Brightening Scrub Cleanser, ambil jumlah yang berpatutan dan pakai secara gerakan membulat menggunakan hujung jari yang bersih. Dap dengan lembut untuk penyerapan ke dalam kulit. Sempurnakan langkah penjagaan kulit dengan menggunakan Blood Orange Algae Brightening Serum terlebih dahulu sebelum Blood Orange Algae Brightening Moisturiser
FPX Atas Talian Dikuasakan Oleh ToyyibPay
© HAUS COSMETICS
Hak Cipta 2021 JUMAN WORLDWIDE RESOURCES SDN. BHD. (1175424-M)