PENCAPAIAN SYARIKAT
Baru memasuki tahun ke-4 penubuhan, hasil gabungan kepakaran, strategi dan pelaksanaan yang berterusan dari segala aspek pada semua peringkat telah menaikkan nama HAUS di mata masyarakat dalam masa yang singkat. Kejayaan HAUS lahirnya dari kekuatan struktur organisasi yang diterajui setiap jabatan yang memberi sokongan dengan penuh komited.
Sehingga hari ini, HAUS telah melahirkan lebih 1000 orang usahawan yang digelar HAUS Guardians di mana mereka semua bernaung di bawah satu bumbung yang sama iaitu pentadbiran HAUS.
Haus juga telah mempunyai empat bidang pengkhususan iaitu HAUS Cosmetics untuk kosmetik berwarna, HAUS Skin untuk penjagaan kulit, HAUS Premium untuk kelas produk high-end menggunakan bahan-bahan mewah, dan HAUS Superfood untuk supplement. Kami amat berbesar hati dapat melancarkan kesemua produk mengikut kategori masing-masing mengikut keperluan pengguna. Dalam masa yang sama, kami masih menjalankan kajian untuk mengembangkan lagi bidang pengkhususan yang lain pada masa akan datang.