Tinted Sunscreen SPF50 PA++++ Boleh Jadi Foundation yang Lightweight

Pelindung matahari ‘bertinted’ atau ‘tinted sunscreen’ adalah formulasi penjagaan kulit baru yang memberikan kemasan matte yang seragam ke wajah anda sambil memberikan perlindungan SPF. Ia adalah produk pelindung matahari yang ideal untuk semua jenis kulit, terutama kulit sensitif dan cenderung jerawat. Zink oksida, Ekstrak Physalis Angulata, dan Lipochroman (Dimethylmethoxy Chromanol) dianggap merupakan bahan terpenting dalam tinted sunscreen.

Kebaikan Tinted Sunscreen

  • Memberi liputan yang bagus
  • Memberi warna universal untuk semua warna kulit
  • Tidak meninggalkan pelakon putih
  • Memberi perlindungan UV maksimum
  • Bagus untuk jenis kulit sensitif dan mudah berjerawat

FOUNDATION YANG MEMPUNYAI FUNGSI TINTED SUNSCREEN SEKALI?

Pernah tak anda dengar Melty Glam Aqua Foundation sebelum ini? Jom ketahui bagaimana foundation Melty Glam Aqua ini mempunyai banyak fungsi termasuk sebagai sunscreen.

Melty Glam Aqua Foundation adalah liquid foundation yang dapat memberikan litupan sederhana  sehingga litupan penuh yang boleh dipakai dengan kemasan semi-matte yang lembut ini. Melty Glam Aqua Foundation juga disertakan bersama pelindung matahari, diselitkan dengan rawatan serum, dan merupakan formulasi foundation yang berasaskan air.

Foundation ini disertakan dengan pelbagai kelebihan kepada kulit anda kerana HAUS berperanan untuk membawakan hanya bahan-bahan yang terbaik supaya kulit juga dirawat dengan baik sepanjang anda menggunakan alat solek. Melty Glam Aqua Foundation amat sesuai untuk wanita ‘on-the-go’ yang berada dalam era moden masa kini.

Antara ciri-ciri Melty Flam Aqua Foundation termasuk

  • Formulasi ‘water-based’
  • 5 pilihan warna yang sesuai untuk kulit Asia
  • Didatangkan dalam botol 15ml yang bersaiz ideal
  • Tekstur yang ringan dan mudah disapu pada kulit
  • Kaya dengan bahan ‘treatment’ kulit wajah seperti Dragon Bloods, Vitamin C, Vitamin E dan Minyak Argan
  • Mempunyai bahan terunggul bagi fungsi ‘skin microbiome’ iaitu Seboclear MP
  • Mempunyai bahan yang berfungsi sebagai Sunblock dan Sunscreen

CARA UNTUK TENTUKAN PRODUK SUNSCREEN YANG TERBAIK UNTUK ANDA

Produk sunscreen yang terbaik adalah yang mempunyai sijil lab test Broad Spectrum.

Broad Spectrum secara amnya merujuk kepada produk sunscreen yang berupaya memberi perlindungan terhadap kedua-dua UVA & UVB.

Perkataan ‘broad spectrum protection’ hanya boleh ditulis sekiranya produk tersebut menepati syarat-syarat semua di bawah iaitu:

  1. Dapat memberi perlindungan terhadap kedua-dua radiasi UVA dan UVB dalam nisbah relatif dengan pengiraan yang khusus (1:3), dan
  2. Mempunyai nilai SPF sekurang-kurangnya SPF 15 ke atas, dan
  3. Sunscreen tersebut perlu lulus ujian makmal in vitro ‘Broad Spectrum Test’ dengan kaedah yang telah digariskan, dan
  4. Sunscreen tersebut mesti melalui ujian makmal ‘in-vivo’.

Tanpa sebarang ujian makmal, pengiraan jumlah SPF sesuatu produk secara teori tidak boleh digunapakai dan tidak boleh diletakkan pada label. Tidak sama sekali!

Jadi, anda tak perlu pening cari produk sunscreen yang bagus sebab ada je Melty Glam Aqua Foundation. Bukan saja Melty Glam Aqua Foundation memberi fungsi 4 dalam 1 dan ianya sudah ada sijil lab test terbukti ada broad spectrum.

Melty Glam Aqua Foundation (MGAF) yang mendapat lab test dari lab Taiwan sebagai foundation lulus Broad Spectrum (perlindungan UVA dan UVB yang sempurna) dengan SPF 50 PA ++++.

FUNGSI 4-IN-1 DAN MANFAAT LAIN MELTY GLAM AQUA FOUNDATION

Jangan ingat ini produk foundation biasa-biasa saja. Tapi pandang apa yang ada iaitu kelebihan 4-in-1 foundation Melty Glam Aqua HAUS ni.

  1. Primer
  2. Sunscreen SPF 50 PA++++
  3. Foundation texture semi matte
  4. Treatment Skin Microbiome

Selain itu, Haus Melty Glam Foundation berciri ‘non-comedogenic’ iaitu formulasi yang tidak menutup pori atau lubang bekas jerawat. Jadi, memang sangat bermanfaat untuk kulit yang bermasalah. 

Foundation ini disertakan dengan pelbagai kelebihan kepada kulit anda kerana HAUS berperanan untuk membawakan hanya bahan-bahan yang terbaik supaya kulit juga dirawat dengan baik sepanjang anda menggunakan alat solek. Melty Glam Aqua Foundation amat sesuai untuk wanita ‘on-the-go’ yang berada dalam era moden masa kini.

Dengan Melty Glam Aqua Foundation walaupun ‘full coverage’ tapi rasanya macam tak pakai apa-apa foundation pada muka. Ringan sahaja. Bukan itu sahaja, malah foundation Melty Glam ini juga:

  • Foundation water-based
  • Tidak berminyak
  • Mudah dicuci
  • Mesra wuduk
  • Menghasilkan kesan semi-matte
  • Coverage yang menyeluruh
  • Tidak bercapuk
  • Tidak merekah
  • Tahan lama
  • Mudah dipakai

Melty Glam Aqua Foundation juga dihasilkan dengan teknologi SEBOCLEAR-MP™ di mana ia adalah teknologi yang berkuasa menjadikan kulit anda dari penuaan, mengetatkan liang pori bagi menghalang blackhead dan whitehead, mengurangkan garis halus dan kedutan, dan menyerap sebum berlebihan untuk mengawal jerawat. 

Kombinasi Vitamin C dan Vitamin E dalam Melty Glam Aqua Foundation sangat berkesan bagi mencerahkan kulit anda, memudarkan bintik gelap dan parut. Manakala minyak Argan menyuburkan kulit lebih dari yang anda perlukan. Melangkahlah lebih tinggi dari yang lain kerana foundation ini juga disertakan dengan SPF50 PA++++, benar-benar penyelamat anda yang hebat!

MENGAPA KITA PERLU MEMILIH FOUNDATION YANG “WATER-BASED”?

Asyik dengar Haus Melty Glam Foundation ini berasaskan air ataupun ‘water-based’. Tapi, penting ke foundation untuk ‘water-based’? Penting! Hal ini kerana foundation “water-based”

  1. Terbukti kurang menyumbat pori-pori kita berbanding “oil-based”
  2. Adalah jauh terasa lebih ringan pada kulit kita
  3. Melembabkan kulit dari dalam
  4. Memberikan kita kesan “semi-matte” dengan kesan glow yang semulajadi.

Paling penting, bukan sekadar untuk mekap tapi foundation ini juga mampu merawat kulit anda yang berjerawat, jeragat dan kulit kusam. Best kan? Haus Melty Glam Foundation boleh didapati dalam 3 tona warna iaitu;

  • Light
  • Medium 
  • Dark

PILIHAN UNTUK SEMUA DENGAN FOUNDATION LIGHTWEIGHT MELTY GLAM AQUA 

Terdapat 7 pilihan warna atau kod untuk foundation Haus Cosmetics ni:

  • Light LC1
  • Light LW2
  • Medium MC1
  • Medium MW2
  • Medium MW3
  • Dark DW1
  • Dark DW2

Jadi, untuk memastikan anda pilih shade yang sesuai dengan tona kulit anda, mari ikuti tips yang kami sediakan ini.

  • Kenali tona kulit anda

    Sebelum apa-apa, penting untuk anda kenali tona kulit anda terlebih dahulu. Kalau tak tahu, macam mana nak pilih shade foundation kan? Antara cara yang mudah ialah periksa warna urat pada tangan anda. 

Sebagai contoh, jika urat anda nampak kebiruan anda tergolong dalam kumpulan tona kulit cerah cool. Untuk urat yang nampak kehijauan adalah anda tergolong dalam kumpulan tona kulit warm manakala jika urat nampak seperti warna ungu, tona kulit anda ialah neutral.

Jenis Tona Kulit

  1. Cool

    Foundation biasanya kelihatan berwarna seakan-akan merah jambu di dalam botol. Elakkan foundation berwarna kekuningan kerana anda akan nampak pucat jika memakainya. Pilihan kod yang sesuai: Melty Glam Aqua Foundation kod LC1 dan MC1.
  1. Warm

    Pilih foundation yang nampak sedikit kekuningan kerana ianya adalah shade yang sesuai untuk anda. Contoh: Melty Glam Aqua Foundation kod LW2 dan MW2.
  1. Neutral

Foundation gabungan warna kuning dan pink adalah shade yang bersesuaian untuk tona kulit ini. Disarankan anda memilih foundation yang seakan warna peach untuk tona kulit anda. Contoh: MW3

MARI DAPATKAN TINTED SUNSCREEN SPF50 PA++++ DENGAN HAUS MELTY GLAM AQUA FOUNDATION

Yang paling best, dengan liquid foundation Melty Glam Aqua ini kulit wajah anda akan kelihatan cantik dan memberi penampilan semulajadi seakan tidak pakai sebarang foundation! Jadi, mana nak beli? Kalau berminat untuk dapatkan Haus Melty Glam Foundation ni, jom dapatkannya di sini!

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin

Isi Kandungan

Artikel Menarik

Jangan ketinggalan untuk baca artikel ini juga