Fermented Oil – Teknologi Terbaru Dalam Rutin Penjagaan Bibir!!

Assalamualaikum, apa khabar semua.. Lama rasanya KL tak menulis mengenai fakta kosmetik dan teknologi terkini kan? Ada yang rindu ke? Hehehe. KL sendiri rasa rindu dah gatal jari-jari ni nak menaip perkongsian mengenai teknologi terbaru dalam penjagaan bibir.

Kalau sebelum ni, KL pernah kongsikan Teknologi Anti-Dry, Anti-Dark, dan Anti-Dull dari bahan Palmitoyl Hexapeptide-12. Boleh baca di sini. Sekarang, KL nak kongsikan satu teknologi yang paling baru iaitu Teknologi menggunakan Fermented Oil untuk bibir yang lebih sihat dan berseri. Excited ni!

Teknologi Fermented Oil 

Teknologi terbaru dalam penjagaan bibir ini ialah Fermented Oil (Minyak yang ditapai) yang mana teknologi ini berjaya menghasilkan tekstur minyak dan komponen-komponen aktif yang sangat baik berbanding bahan-bahan yang sedia ada. Dengan menjalankan kajian ke atas macam-macam kaedah penapaian mikroorganisma, akhirnya teknologi ini didapati menghasilkan bahan-bahan yang paling berkesan kepada kulit. Bahan apakah itu?

Saccharomyces/Lithospermum Erythrorhizon Root Oil Ferment Filtrate

Saccharomyces/Lithospermum Erythrorhizon Root Oil Ferment Filtrate adalah hasil penemuan baharu yang telah diperkenalkan melalui teknologi ini. Minyak ini dihasilkan dengan menggunakan akar tumbuhan Lithospermum Erythrorhizon yang merupakan salah satu spesis tumbuhan dalam kumpulan Boraginaceae.

Boraginaceae adalah kumpulan tumbuhan yang berasal dari Mediterranean yang digunakan dalam perubatan traditional pada zaman dahulu. Ekstrak Lithospermum digunakan untuk merawat luka kebakaran, keradangan kulit akibat cuaca sejuk (frostbite), melepuh (blisters), eczema dan seumpamanya yang turut digunakan sebagai ramuan perubatan pada masa dahulu. Memang dah lama orang guna ni dik! Zaman sekarang, dengan kemajuan teknologi dapat memudahkan kita untuk mendapatkan bahan ni. Haaa, macam nak gali emas tu.

Apa Itu Fermented Oil?

Saccharomyces/Lithospermum Erythrorhizon Root Oil Ferment Filtrate ni KL suka panggil dia fermented oil je supaya senang nak faham. Fermented oil adalah ekstrak yang larut minyak dan mempunyai tekstur minyak yang berwarna merah jambu ataupun merah macam tu. Ekstrak minyak ini tidak meninggalkan kesan warna pada kulit kerana warna tersebut adalah semulajadi dari tumbuhan tersebut.

Ini tips sikit ya. Kalau u all gunakan sesuatu minyak yang berwarna merah, u sapu dan gosok di kawasan anggota badan. Kemudian ia tidak meninggalkan sebarang warna pada kulit, maka warna merah dalam minyak tu adalah pigment semulajadi dari bahan yang digunakan dalam formula minyak tersebut. Kalau u sapu, habis kulit u jadi merah ke jadi pink ke, hmm kemungkinan besar pigment merah dalam minyak tersebut adalah pewarna.

Akar Tumbuhan Lithospermum Erythrorhizon

Bahagian tumbuhan Lithospermum Erythrorhizon yang digunakan untuk menghasilkan ekstrak minyak ini adalah pada bahagian akar. Bahagian akar tumbuhan ini mempunyai fungsi sebagai antioksidan dan untuk kelegaan kulit. Kajian terbaru menemui bahawa tumbuhan ini mengandungi bahan Polyphenolic Acid. Polyphenolic Acid mempunyai kelebihan untuk kesihatan yang mana ia berfungsi sebagai antioksidan dan juga ciri anti-radang pada kulit.

Proses Penapaian Minyak (Fermented Oil)

Mesti u all tertanya-tanya kan macam mana Fermented Oil boleh mengembalikan kesihatan bibir? Macam jauh je minyak tapai boleh cantik bibir. Sebab tu harini KL nak buka kelas mengenai bahan Fermented Oil. Sila teruskan pembacaan dan hadam baik-baik ya.

Proses penapaian minyak yang mana pengoptimuman pertumbuhan mikrobial dan peningkatan aktiviti enzim Lipase yang tertinggi telah digunakan sepanjang proses ini. Dengan pengaktifan enzim Lipase, ia terurai dari bentuk TAGs, molekul yang besar kepada Glycerol dan asid lemak bebas (Free Fatty Acid).

Akhirnya Saccharomyces / Lithospermum Erythrorhizon Root Oil Ferment Filtrate diperhaluskan untuk keberkesanan pada kulit melalui proses pengasingan di antara lapisan minyak dan mikroorganisma sederhana. Seterusnya, minyak dengan kestabilan yang tinggi dihasilkan tanpa sebarang proses asidifikasi.

Mekanisma Pembentukan Fermented Oil

Antara kelebihan dalam teknologi baru ini adalah meningkatkan keberkesanan antioksidan, kelembapan kulit, menguatkan perlindungan kulit dan sebagainya. Selain itu ia juga membantu dalam memperbaiki kesan penyerapan kulit. Ia juga mempunyai tekstur yang sangat bagus apabila diaplikasikan pada kulit dan mempunyai kestabilan yang sangat tinggi tanpa kerisauan terjadinya sebarang proses asidifikasi.

Proses Pembentukan Fermented Oil

Proses penapaian ni perlukan masa. Semasa proses penapaian berlaku, ketegangan permukaan (surface tension) akan menurun seiring dengan masa lalu menyebabkan aktiviti pengemulsi semakin meningkat. Dengan itu, kita dapat pisahkan minyak dan air perlahan-lahan. Kemudian, hasil minyak yang ditapai itulah yang kita akan kumpulkan.

Jom tengok apa yang bahan hebat ni boleh buat:

#1. Keberkesanan Aktiviti Anti-Oksidan

Pertama, cuba u all tengok graf ni. Warna biru gelap adalah kadar aktiviti antioksidasi dari Fermented Oil. Memang minyak tumbuhan mempunyai kadar antioksidan yang tinggi. Tetapi, minyak yang ditapai menunjukkan kesan antioksidan yang lebih tinggi.

#2. Keberkesanan Aktiviti Melembapkan Kulit

Kedua adalah keberkesanan kelembapan yang dihasilkan apabila Fermented Oil dibandingkan dengan minyak tumbuhan yang tidak melalui proses penapaian. Garis merah jelas menunjukkan peningkatan di dalam formula yang mengandungi Fermented Oil yang mana menunjukkan peningkatan kelembapan yang lebih tinggi dan tahan lebih lama.

#3. Analisis Free Fatty Acid

Ketiga adalah analisis dalam free fatty acid yang mana perbezaan kandungan acid lemak bebas dalam minyak tumbuhan dan Fermented Oil ditunjukkan di dalam jadual di atas yang mana kandungan free fatty acid seperti Linoleic Acids, Linolenic Acid, Palmitic Acid, dan Stearic Acid meningkat secara maksimum sehingga 95%.

Apa yang pentingnya asid ni pada kulit? Free fatty acid adalah kunci kepada kulit yang sihat dimana ia membantu menghasilkan perlindungan minyak pada kulit bagi jaminan kulit yang lebih terhidrat, anjal dan tampil lebih muda.

Manfaat dan Kebaikan Fermented Oil untuk Bibir

Fermented Oil terbukti dapat memperbaiki garis halus dan kedutan pada kulit dan juga meningkatkan kelembapan bibir dengan ciri-ciri mekanisma yang KL terangkan di atas.

#1. Membaiki Garis Halus dan Kedutan

Merujuk kepada gambar di bawah, ia telah menunjukkan hasil penggunaan 5% Fermented Oil di dalam krim yang menunjukkan kedutan telah dapat dikurangkan.

#2. Melembapkan bibir

5% Saccharomyces/Lithospermum Erythrorhizon Root Oil Ferment Filtrate juga di masukkan di dalam pelembab bibir dan telah menunjukkan peningkatan kelembapan yang signifikan. Kedua-dua keputusan menunjukkan kesan dalam tempoh dua minggu penggunaan sahaja.

Formulasi dari Bahan Semulajadi

Fermented Oil membantu dalam memulihkan keadaan bibir yang bermasalah kerana ia dihasilkan menggunakan minyak semulajadi yang menggunakan teknologi terbaru melalui proses penapaian. Teknologi terbaru ini digunakan untuk pelbagai fungsi kerana kestabilan dan ketahanan bahan ini memberi kelebihan apabila dimasukkan ke dalam produk dan menjamin kualiti produk yang dihasilkan.

Kestabilan produk amat penting bagi memastikan kualiti produk tersebut berada dalam keadaan yang baik dalam tempoh jangka hayat yang sepatutnya. Ini juga bermakna produk tersebut mampu bertahan dalam keadaan persekitaran yang mana mungkin dipengaruhi oleh suhu, cahaya, kelembapan dan pelbagai faktor-faktor lain.

Penjagaan Terbaik Untuk Bibir

Bahagian bibir merupakan kawasan yang sensitif dan terdedah secara langsung kepada cahaya matahari. Oleh yang demikian, kawasan bibir lebih cenderung untuk menjadi lebih gelap, kering dan merekah akibat radikal bebas dan sinaran UVA yang merosakkan sel kulit.

Teknologi seperti Saccharomyces/Lithospermum Erythrorhizon Root Oil Ferment Filtrate atau nama panggilannya Fermented Oil adalah bahan semualajadi yang terbaik bagi membantu pemulihan bibir dan dapat menghasilkan bibir yang lebih sihat dan berseri. Penggunaan minyak semula jadi untuk menghasilkan bahan ini menjadi satu kelebihan dan keunikan dari bahan-bahan lain yang ada di pasaran.

High Treatment Lip Gloss

Maka dengan itu, KL pun ciptalah formulasi menggunakan Fermented Oil yang khusus untuk rawatan dan penjagaan bibir yang sihat. KL jenis tak suka simpan sorang. Jumpa je teknologi baru, KL dah mula tak senang duduk nak kongsi kebaikan dengan u all terutamanya pencinta kosmetik macam KL. Cewah!

Kalau u all nak dapatkan High Treatment Lip Gloss dari HAUS Cosmetics ni, boleh terus ke www.hauscosmetics.com.my atau pergi ke Instagram rasmi @hauscosmetics.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. Sekian, jumpa lagi. Assalamualaikum..

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin

Isi Kandungan

Artikel Menarik

Jangan ketinggalan untuk baca artikel ini juga