Rahsia Kulit Glowing dengan Ekstrak Sarang Burung (100% Berkesan)

Tak perlu pergi mana-mana tempat yang jauh, sekadar berjalan-jalan di pasar raya atau kedai farmasi sahaja anda boleh lihat berbagai-bagai jenis produk penjagaan kulit. Masing-masing menawarkan tuntutan yang menjanjikan kulit berkualiti terbaik, menyelesaikan permasalahan kulit kita dan menjadikan kulit glowing serta nampak lebih muda. Tapi, masalahnya, kebanyakan daripada produk ini seringkali tidak memberikan kesan yang dijanjikan dan yang pastinya produk-produk tersebut bukan jenis ‘one size fits all’.

Penampilan kulit anda adalah salah satu perkara pertama yang diperhatikan oleh orang. Kita hidup dalam dunia di mana penampilan diri dan kulit wajah telah menjadi keutamaan. Cara penampilan diri kita dinilai dengan lebih kritikal di era moden ini dan untuk segelintir wanita hal ini boleh menjadi sesuatu yang memberi kesan kepada keyakinan diri mereka. Bagi yang kurang yakin, mereka akan membuat pilihan untuk menyendiri atau menyembunyikan diri mereka. Sekiranya anda juga berbuat begitu, tidak perlu lagi! 

Sebab, berita baiknya adalah anda kini boleh mengetahui rahsia kepada kulit glowing dan boleh tampil yakin dan cantik hanya dengan satu perkara ini yang begitu senang untuk anda buat. 

RAHSIA KULIT GLOWING DENGAN EKSTRAK SARANG BURUNG DALAM HAUS BIRDNEST BEAUTY ELIXIR SPRAY

Apa benda spray? Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana sekadar spray boleh dapat hasil kulit glowing? Rahsianya terletak pada kandungan Birdnest Extract yang hanya boleh ditemui dalam Elixir Spray ini:

  • Sarang burung terkenal untuk mengekalkan awet muda. 
  • Kajian moden menunjukkan sarang burung kaya dengan faktor pertumbuhan epidermis “Epidermal Growth Factor”(EGF). Bahan ini bertanggungjawab untuk pembaikan kulit dan tisu yang rosak dengan pantas.
  • Sarang burung kaya dengan glycoproteins yang membawa sel dan kolagen bersama dan mampu menggalakkan pembiakan dan penjanaan semula sel-sel baru.
  • Melembutkan kulit
  • Menganjalkan kulit
  • Awet Muda

Spray Elixir Birdnest Beauty yang sejuk menyegarkan, kaya dengan kebaikan bahan-bahan semula jadi untuk wanita ‘on-the-go’ yang tetap ingin mengutamakan kualiti dan kecantikan kulit. Elixir seringkali menjadi kekeliruan antara essence dan serum. 

Birdnest Beauty Elixir ini berlainan sama sekali. Sebab itu, anda perlu ketahui ciri-ciri Elixir Spray ini: 

  • Tidak melekit
  • Cepat meresap ke dalam kulit
  • Menyegarkan kulit
  • Mengandungi ekstrak organik anggur dan lemon
  • Memberikan hidrasi kepada kulit

Spray Elixir Birdnest Beauty juga bertindak sebagai ‘makeup base’ dan ‘setting spray’ bagi memberi ketahanan mekap untuk tempoh masa yang lama. Sementara serum merupakan formula dengan kepekatan yang tinggi dengan menyasarkan masalah kulit yang spesifik manakala essence pula bersifat lebih ringan dengan kepekatan yang lebih rendah dan bertindak sebagai lapisan tambahan bagi penghidratan.

KEISTIMEWAAN FORMULASI BIRDNEST BEAUTY ELIXIR SPRAY

Birdnest Beauty Elixir Spray ini diformulasikan untuk:

  • Membaik pulih tekstur kulit lapisan demi lapisan, menyekatakan tona warna kulit, memberi kesan awet muda kepada penampilan kulit yang kusam akibat kulit kering yang yang tidak sihat.
  • Mengecil dan mengetatkan liang-liang pori yang besar disebabkan bekas jerawat dan masalah kulit berminyak. Dengan itu, ia dapat menghapuskan ‘blackhead’ dan ‘whitehead’.
  • Berperanan sebagai “Bank Kelembapan” kepada kulit yang sangat kering disebabkan kulit yang tidak sihat lalu mengakibatkan tekstur kulit kasar.
  • Membaiki kulit yang rosak dan terbakar akibat terdedah kepada cahaya matahari dalam jangka masa yang lama dan tidak memakai sunblock atau sunscreen atau dalam kata mudahnya, seorang yang “outdoor type”.
  • Merawat kulit kusam yang tidak bermaya dan kering disebabkan kulit yang sensitif.
  • Menyekatakan tona kulit yang tidak sekata, memudarkan bintik-bintik gelap dan jeragat kerana terdedah kepada cahaya UV.
  • Melegakan dan menenangkan masalah kulit kemerahan disebabkan kulit yang sensitif.

BAGAIMANA BIRDNEST BEAUTY ELIXIR SPRAY DAPAT BERI KESAN GLOWING PADA KULIT ANDA?

Kulit ‘glowing’ ini mudah dicapai jika anda mengetahui bahan-bahan yang sesuai untuk tujuan kulit cerah berseri. Jadi, antara bahan kandungan Birdnest Beauty Elixir Spray adalah:

  1. Swiftlet Nest Extract membantu membekalkan tenaga yang penting untuk pembaharuan sel bagi membolehkan kulit nampak awet muda. Dengan itu, ia merangsang penghasilan kolagen untuk menambah baik tona kulit yang baru, menyerikan penampilan kulit yang kusam, melembapkan kulit, dan membaik pulih tekstur kulit supaya menjadi lebih anjal dan sihat berseri. 
  1. Pistacia Lentiscus (Mastic) Gum merupakan bahan semulajadi yang berkuasa untuk membaiki kulit yang kasar dengan menghaluskan liang pori sekaligus mengecilkan saiz pori. Dengan mengurangkan pori-pori, bahan ini berupaya untuk membersih ‘blackhead’ dan ‘whitehead’ serta memberikan kesan ‘non-comedogenic’. Ia juga dapat mengurangkan penghasilan sebum. Dengan itu menyingkirkan kilatan berlebihan di wajah dan memberi kesan ‘matte’ yang cantik. Bahan ini diimport khas dari Switzerland hanya untuk HAUS.
  1. Saccharide Isomerate merupakan bahan yang diperolehi dari bertih jagung, ia telah terbukti secara saintifik memberikan kelembapan mendalam selama 72 jam. Hasilnya boleh dilihat dari segi penambahbaikan yang ketara dalam tekstur kulit dan kulit tampak jauh lebih sihat hasil dari kelembapan yang mendalam.
  1. Bacillus Ferment yang diimport khas dari Sepanyol adalah teknologi mikrobiotik yang berfungsi sebagai enzim semulajadi untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dengan proses pengelupasan lembut sekaligus membaiki dan menguatkan ‘skin barrier’. Dengan itu, terhasillah penampilan kulit yang lembut, terhidrasi dengan baik, dan kulit lebih muda yang sihat.
  1. Lemon Fruit Water merupakan sumber yang kaya dengan Vitamin C semulajadi yang berfungsi untuk melawan radikal bebas dengan ciri anti-oksidanya. Dengan itu menghasilkan kulit yang lebih cerah, bersih dari bintik gelap dan tona kulit yang tidak sekata.
  1. Hydrolyzed Royal jelly protein adalah sejenis rangkaian peptide untuk penghasilan kolagen. Penjanaan semula sel kulit dapat membaiki ‘irritation’ dan keradangan kulit.
  2. Grape Fruit Water kaya dengan asid organik semulajadi dari Alpha Hydroxy Acids (AHAs) dan polisakarida semulajadi yang mempunyai keupayaan yang tinggi untuk memberikan dan mengekalkan kelembapan yang sempurna untuk kulit. Justeru, dapat menyuburkan kulit menjadi kulit baru yang berseri dan menenangkan kulit sensitif.

Langkah Penggunaan: 

  • Gunakan Birdnest Beauty Elixir Spray sebelum makeup sebagai primer asas dan selepas bersiap untuk memberi ketahanan yang lama kepada mekap anda sekaligus memelihara kelembapan kulit.

KENAPA HAUS BIRDNEST ELIXIR SPRAY ‘PERFECT’ UNTUK ANDA?

Ketika anda cuba memilih produk yang sesuai untuk tujuan rutin penjagaan kulit anda, sudah tentu anda harus mempunyai pengetahuan yang secukupnya mengenai kandungan bahannya. Nak cantik pun kena berilmu!

Bahan-bahan dalam spray ini bukan yang biasa-biasa dan yang paling penting semuanya bahan organik dan natural. Walaupun di atas telah diberikan penerangan dengan lebih terperinci mengenai kandungan bahan dalam Birdnest Elixir Spray ini, namun ini adalah antara bahan-bahan utama yang pasti dapat memberi kesan kulit glowing yang anda inginkan!

Bahan-Bahan Utama 

  • Citrus Lemon (Lemon) Fruit Water
  • Vitis Vinifera (Grape) Fruit Water
  • Swiftlet Nest Extract

Pasti anda boleh lihat dan rasai perubahan yang akan anda alami dengan spray ini. Anda sebagai pengguna Elixir Spray HAUS dapat menikmati kelebihan Birdnest Beauty Elixir pada kulit anda apabila ianya dapat;

  • Membantu mengecilkan liang pori
  • Mengukuhkan skin barrier
  • Membekalkan kelembapan dan hidrasi sehingga 72 jam
  • Memulihkan kulit yang kusam
  • Membekalkan sumber Vitamin C dengan antioksidan
  • Mengembalikan tona warna kulit asal
  • Melindungi daripada tanda penuaan

ALAMI SENDIRI KULIT GLOWING DENGAN HAUS BIRDNEST ELIXIR BEAUTY SPRAY 

Tak cuba maka tak tahu sekiranya Birdnest Elixir Beauty ini betul-betul berkesan. Produk ini khas untuk anda yang mencari dan mengutamakan penjagaan kulit yang efektif dan mudah untuk dipakai. Kami sudah dedahkan rahsia kepada kulit ‘glowing’, sekarang pilihan anda. Bagi anda yang berminat dengan Birdnest keluaran khas HAUS, boleh dapatkannya di sini.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin

Isi Kandungan

Artikel Menarik

Jangan ketinggalan untuk baca artikel ini juga