Pelancaran Teknologi Epigenetik dalam Formulasi Superpotent Skincare

Haaiii Assalamualaikum w.b.t… Ke hadapan para pembaca blog eiymajalil.com yang KL kasihi. Terima kasih atas kesudian u all melawat blog KL ini. Tempat KL mencurahkan segala isi hati perkongsian fakta-fakta kosmetik. Haa fakta sahaja yer. No sembang hype-hype.

Sejak kebelakangan ni KL memang agak sibuk. Eh bila je KL tak tak sibuk? Hehhehe. U all nampak KL update TikTok kan, semuanya dalam production je. Sambil-sambil meronda spot check, sambil tu la sempat TikTok sekejap.

Teknologi Terbaru Untuk Penjagaan Kulit

Harini KL bukan nak cerita pasal kesibukan KL di kilang. Tetapi…. KL nak kongsikan mengenai satu teknologi dalam dunia kosmetik yang KL berjaya bangunkan hasil penyelidikan team R&D kilang kosmetik KL bersama pakar-pakar saintis dari Taiwan, Switzerland, Perancis, dan Itali… Ko rase…. Jeng jeng jeng inilah rupa produknya.

@eiyma.jalil

#jerawat #kulitcantik #beautyguru #fyp #tiktokindonesia #pulihjerawat

♬ original sound – eiymajalil – eiymajalil

 

Testimonial Set Jerawat Haus Skin
Set #ZeroJerawat HausSkin

Superpotent Skincare Formulation

Superpotent adalah terma lain bagi formulasi penjagaan kulit “high performance” secara intensif bagi mengembalikan keupayaan dan daya tahan kulit yang sihat dan kuat untuk pulih dari permasalahan kulit seperti jerawat, gatal-gatal, kemerah-merahan, dan seumpamanya.

U all jelas tak? Bila kita sebut Superpotent, maksudnya formulation skincare tu memang superb, memang high performance, memang highly intensive lah.

Gituu! Sebab apa? Sebab bahan-bahan aktif yang KL gunakan adalah seperti Brown Algae yang di beli dari France, Glycolic acid, Salicylic Acid, Niacinamide, Allantoin, centella asiatica, witch Hazel, Green Tea Extract, Vitamin C dan Aloe Vera.

10 bahan ni memang dah banyak saintis kaji sejak bertahun dulu dan terbukti memberi kesan positif secara selamat kepada kulit tanpa kesan yang memudaratkan insyaAllah.. Janji u all guna dengan cara yang betul ok?

#HAUSZeroJerawat #HAUSZeroJeragat

Bila KL keluarkan set khas untuk jerawat dan jeragat ni, bukan saja-saja hype tau. Ia adalah kerana KL dah jumpa satu teknologi yang terbukti berkesan untuk “petik suis” DNA u all dan mengawal sistem sel dalam kulit untuk bekerja dengan lebih efektif, secara tak langsung menguatkan sistem pertahanan kulit (skin barrier) untuk melawan dan pulih dari segala permasalahan kulit khususnya jerawat! Nak tau teknologi apa tu?

Teknologi Epigenetik dalam Formulasi Superpotent

Disebabkan KL ni seorang yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk diri sendiri, maka KL decide untuk menggabungkan kedua-dua perkara hebat ini iaitu Teknologi Epigenetik ke dalam formulasi Superpotent bagi produk penjagaan kulit. Bila KL hasilkan yang terbaik untuk diri KL, maka yang terbaik itu jugalah KL akan kongsikan bersama u all semua di luar sana. KL taknaklah cantik sorang-sorang!

Ok, dalam Set #HAUSZeroJerawat dan #HAUSZeroJeragat ni  ada 3 produk baru iaitu:

  1. [BARU] Super Intense Cream Cleanser -Jerawat & Jeragat
  2. [BARU] Super Intense Acne Serum – Jerawat
  3. [BARU] Super Potent AHA+BHA Exfoliating Lotion – Jerawat & Jeragat
  4. Silky Intense Oil Serum Calendula – Jeragat

Untuk harini, KL nak cerita tentang Super Potent AHA+BHA Exfoliating Lotion sahaja dulu. Boleh ya? Kalau nak cerita cleanser dan serum sekali, tak habis menulis dibuatnya. KL akan kongsikan di artikel yang lain sebab harini KL nak fokus pada exfoliator sahaja. Penting untuk u all faham sebelum guna.

Apa Itu Exfoliator?

U all tau tak, sebenarnya exfoliator ni sangat-sangat penting dalam rutin penjagaan kulit kita setiap hari. Exfoliator adalah formula yang bertindak menyingkirkan sel kulit mati dan membersihkan liang pori yang tersumbat. Exfoliator ada dua jenis iaitu physical exfoliator dan chemical exfoliator

Kesan Sel Kulit Mati

Ada orang yang fikir, alah tak payah exfoliate-exfoliate lah. Biarlah kulit menggelupas sendiri semulajadi. Bahaya lah exfoliate ni, menipiskan kulit muka, nanti muka jadi makin burn teruk adalah. MITOS!! 

Dengar sini ya siapa yang sayang kulit dan nak jaga kesihatan kulit, siapa yang nak umur badan meningkat tapi umur kulit menurun. Eh! Sel-sel kulit mati di wajah kita ni kalau dibiarkan lama, tak dibuang, makin lama makin tebal sel mati kat muka tu, dia akan buatkan wajah u jadi kusam, kelabu asap, dan tak berseri. Paling teruk adalah u pakailah skincare ratus-ratus ribu-ribu pun, u sapu kat muka u yang tebal dengan sel kulit mati tu…..

Hmmm, u boleh fikirlah sendiri. Buang masa, buang duit je dikk. U sapu skincare atas sel kulit mati, tak meresap masuk pun dalam kulit, bila tak dapat kesan, u salahkan produk pulak yer!

Physical VS Chemical Exfoliator

Physical exfoliator adalah HAUS Skin Blood Orange + Algae Brightening Scrub Cleanser. Sebab dia ada biji-biji skrub halus untuk buang kotoran dan sel kulit mati secara fizikal. Ramai yang jatuh cinta dengan scrub ni sebab kulit rasa lembut, bersih dan segar lepas guna.

Physical exfoliator

So kalini KL hasilkan chemical exfoliator pula iaitu HAUS Skin Super Potent AHA+BHA Exfoliating Lotion. Ejen exfoliator yang KL gunakan adalah Alpha Hydroxy Acid (AHA) dan Beta Hydroxy Acid (BHA).

Chemical exfoliator

Perbezaan AHA dan BHA?

Alpha Hydroxy Acid (AHA) 

AHA – Glycolic Acid

Dalam HAUS Skin Super Potent Exfoliating Lotion, AHA yang KL gunakan adalah Glycolic Acid. AHA adalah asid yang larut air. Ia bertindak menanggalkan sel kulit mati secara lembut dengan memutuskan jaringan antara sel-sel kulit mati dengan sel-sel kulit yang masih sihat.

Ya, proses penyingkiran sel kulit mati memang akan tertanggal sendiri mengikut kitaran sel semulajadi iaitu normal ialah 28 hari. Tetapi, semakin kita berusia proses kitaran sel akan terkesan iaitu ia menjadi semakin lama dan kurang efektif atau semakin lambat.

“Selain itu, faktor  lain juga adalah perubahan hormon, pemakanan, cuaca, dan persekitaran juga memberi kesan kepada jangka masa kitaran sel.”

Mekanisma AHA – Glycolic Acid

Asid dengan saiz yang kecil, mudah meresap pada kulit dan bertindakbalas untuk menghasilkan molekul asid bebas atau u all mungkin biasa dengar as “free acid”. Free acids ni lah yang akan melonggarkan ikatan di antara sel kulit mati, lalu menggugurkan ia dari wajah.

Glycolic Acid juga adalah “humectant”. Maaf ya, KL tak jumpa term dalam bahasa, senang panggil humectant jela. Yang mana, struktur molekul humectant ni boleh menarik dan mengikat molekul air dari udara persekitaran kepada kulit, lalu menghasilkan kesan kulit yang kekal lembap dengan baik.

Glycolic Acid juga membantu meningkatkan penghasilan struktur protein pada kulit iaitu kolagen dan elastin. U all mesti tau kan kolagen lah yang membantu kita mendapatkan hasil kulit yang lebih tegang dan anjal. Maka dengan itu, tiada lagi masalah tanda penuaan macam garis halus dan kedutan.

Beta Hydroxy Acid (BHA)

BHA – Salicylic Acid

Dalam HAUS Skin Super Potent Exfoliating Lotion, BHA yang KL gunakan adalah Salicylic Acid. Berbeza dengan AHA, BHA tidak larut air. Tetapi, ianya larut minyak.

Haa, sebab tu KL gunakan kedua-dua AHA dan BHA dalam formulasi exfoliator ni. Kombo yang terbaik dan cukup lengkap untuk semua.

BHA boleh meresap jauh ke dalam liang pori kulit yang bersifat larut minyak. Jadi, BHA boleh membersihkan kotoran dan sebum / minyak yang terkumpul dan menyumbatkan liang pori lalu menyebabkan jerawat.

Mekanisma BHA – Salicylic Acid

Sama seperti Glycolic Acid, Salicylic Acid juga menyingkirkan sel kulit mati dengan memutuskan ikatannya. Cuma tindakbalas mereka adalah berbeza.

Salicylic Acid kan larut minyak, jadi dia akan melarutkan keratin iaitu sejenis protein yang terhasil bersama dengan sel kulit mati. Dan Salicylic Acid akan attack bahagian liang pori yang memang banyak sel kulit mati dan keratin larut minyak yang terkumpul dan tersumbat di situ.

Automatiknya, Salicylic Acid juga sangat efektif menghapuskan blackhead dan whitehead iaitu bijian minyak dan kotoran yang terhasil akibat lebihan sebum yang terperangkap di dalam liang pori kulit.

Salicylic Acid juga adalah ejen anti-bakteria yamg mampu merencatkan pertumbuhan bakteria termasuk bakteria penyebab jerawat iaitu p.acnes tanpa kesan sampingan yang memudaratkan. 

KL suka dengan Salicylic Acid sebab dia boleh menyelesaikan masalah kulit berminyak dengan cara mengawal regulasi sebum. Tiada lagi masalah sebum berlebihan, tiada masalah kulit berminyak, tiada masalah jerawat. Hebat kan?

Kesan dan Hasil Proses Exfoliating

Proses penyingkiran sel kulit mati atau exfoliation ni akan merangsang penghasilan sel kulit yang baru agar terhasil dengan subur. Sel kulit baru tentulah lebih muda, lembut, halus, sihat, dan berseri semulajadi. Tapi kalau u all tak maintain dan jaga baik-baik, akan mati sebelum usia juga! So please jaga dan sayangilah kulit kita ok?

PESANAN KHAS: Penting! Sila Baca dengan Teliti Sebelum Menggunakan Exfoliator

Kat sini KL ada nak titipkan pesanan khas yang penting untuk sesiapa yang baru nak cuba exfoliator atau sesiapa yang rasa dah pakai exfoliator tapi takda effect apa pon??

Selain itu, bukan semua orang boleh menjual produk yang ada AHA dan BHA ini. Perlu ada pengetahuan yang betul.

Sebagai pengguna dan formulator , kita perlu tahu apa peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai produk yang mengandungi glycolic acid ini.

Annex 3 Requirement Cosmetics by KKM

Berdasarkan dokumen KKM di atas, untuk kegunaan orang awam, glycolic acid tidak bole lebih dari 10%. Untuk kegunaan medical doktor pula lebih 10% tapi kurang dari 20%.

Selain itu, KKM mengarahkan WAJIB meletakkan WARNING pada label kotak seperti di bawah:

“AWAS: Produk ini mengandungi Alpha Hydroxy Acid (AHA) yang boleh meningkatkan sensitiviti kulit terhadap sinaran matahari dan kadar kesan kulit terbakar. Gunakan pelindung UV ketika menggunakan produk ini di waktu siang dan elakkan terdedah kepada cahaya matahari.”

Sekiranya semua peraturan di atas tidak di ikut oleh mana-mana brand yang mengeluarkan produk glycolic acid ini, maka sebagai customer anda bole report kepada KKM secara dalam talian (online) kerana tidak mengikut peraturan yang betul.

Maksudnya… Bila u mula gunakan AHA+BHA Exfoliator dalam rutin skincare, u all WAJIB ya WAJIB-WAJIB-WAJIB gunakan pelindung UV atau dipanggil susnscreen.

Kenapa kena pakai pelindung UV? Baca semula warning di atas yer. Jangan cakap KL tak payung kalau u all sendiri yang tak sediakan payung untuk kulit u all. Kulit kita ni mahal dikkk!

Kalau tak tau nak pakai sunscreen apa,  pakai je foundation HAUS Cosmetics. Bukan sekadar foundation, lengkap dengan primer, treatment Skin Microbiome, dan yang paling penting adalah pelindungan UVA serta UVB. Pakej KL bagi, SPF50 PA++++. Macam biasa, KL memang akan produce formula yang terbaik je. Hehhehe.

Keselamatan Formulasi Haus Skin SuperPotent AHA + BHA Exfoliating Lotion.

Tidak dinafikan, formulasi produk eksfoliasi bukan sesuatu perkara yang mudah. Pengguna mahukan kesan yang boleh dilihat dengan jelas, namun kandungan bahan yang sangat berasid mampu menyebabkan kulit terbakar jika tidak diformulasi dengan baik.

Bahan-bahan utama

Bahan ‘neutralizer’ bersifat alkali perlu digunakan untuk mengimbangi pH produk. Tetapi, Superpotent AHA+BHA Exfoliating Lotion tidak menggunakan alkali kuat seperti Sodium Hydroxide.

Selain itu, nilai pH perlu diseimbangkan agar AHA dan BHA itu masih mempunyai tindak balas yang efektif. Produk penjagaan kulit kebiasaannya mempunyai pH antara 5.5 – 7. Namun, pH sebegini akan menyebabkan Glycolic Acid hilang keupayaan  eksfoliasi.

Kebaikan AHA BHA Haus Skin

pH 4.0 Superpotent AHA+BHA membolehkan 40% daripada 5% Glycolic Acid di dalamnya (hampir separuh) berubah kepada asid bebas untuk memberi tindakan eksfoliasi yang sangat baik kepada permukaan kulit dengan serta merta.

Apabila 40% asid bebas itu telah berinteraksi dan hilang dari permukaan kulit, baki 60% Glycolic Acid akan berubah secara perlahan menjadi asid bebas, menggantikan asid bebas yang telah bertukar itu. Ini memberikan kedua-dua kesan serta merta dan kesan eksfoliasi berpanjangan tanpa rasa iritasi berlebihan.

Sebaliknya, pada pH 5.5 iaitu pH kebiasaan produk penjagaan kulit, cuma 0.3% Glycolic Acid sahaja yang akan bertukar kepada asid bebas. Ketidakseimbangan pH inilah yang menyebabkan terdapat banyak perbezaan di antara produk-produk eksfoliasi yang ada di pasaran. Ada yang terlalu berasid menyebabkan kulit melepuh, dan ada yang lebih neutral sehingga menyebabkan kesan eksfoliasi langsung tiada.

Perlu diingatkan bahawa sel kulit mati amat penting untuk pertahanan badan. Superpotent AHA+BHA Exfoliating Lotion bukan dicipta untuk menanggalkan kesemua lapisan kulit mati ini, tetapi untuk mengurangkan longgokkan kulit mati, serta melonggarkan jaringan protein diantaranya, agar kulit mati dapat digugurkan secara semulajadi dan supaya ada ruang untuk kulit baharu dijana.

Ciri-ciri Haus Super Potent AHA dan BHA

Kadar pengguguran kulit mati ini boleh menyebabkan pertahanan kulit daripada radiasi UV turut berkurang, menyebabkan kulit menjadi lebih sensitif terhadap UV matahari. Maksudnya, jika kebiasaannya kulit akan terbakar setelah 15 minit terdedah kepada UV tanpa penggunaan pelindung matahari, kemungkinan tempoh ini berkurangan kepada 10 minit jika sel kulit mati berkurangan.

Oleh yang demikian, Regulasi Kosmetik Sedunia dengan jelas mengarahkan kesemua produk yang diformulasi dengan AHA perlu menyatakan keperluan untuk menggunakan pelindung matahari dan setiap label produk perlu mengandungi kenyataan ini, dan menasihati pengguna agak mengurangkan aktiviti yang terdedah pada matahari serta memakai pakaian pelindungan yang mencukupi.

Maksima cuma 10% Glycolic Acid dan Lactic Acid yang dibenarkan di dalam formulasi produk, dengan nilai pH 3.5 paling rendah. Jumlah asid yang lebih tinggi hanya boleh digunakan oleh pengamal perubatan atau yang mempunyai klinik yang ada sijil yang sah dari KKM ashaja.

Salicylic Acid di dalam Superpotent adalah dengan nilai maksima 2%, yang boleh digunakan setiap hari termasuk oleh wanita mengandung, jika hanya digunakan pada wajah. Terdapat juga produk penjagaan diri seperti sabun badan yang menggunakan Salicylic Acid, namun perlu diingatkan bahawa penggunaan SA pada kawasan kulit yang luas boleh menyebabkan ‘Salicyism Toxicity’ yang boleh membawa maut.

Testimoni Kisah Pengguna dengan Set #HAUSZeroJerawat

Haaa, inilah part yang favourite KL. Rasa nak menangis bila tengok transformasi macam ni. KL sangat happy bila orang guna produk KL dan ia berkesan, dan bagi satu perubahan positif yang bagi impak besar dalam hidup pengguna tu! Syukur alhamdulillah. Terima kasih atas kepercayaan u all pada air tangan KL. Saaaaayang semua!

@hauscosmeticsmalaysia

Siapa ada MASALAH JERAWAT? Wajib tengok sampai habis habis!! #fyp #fypシ #foryoupage #jerawat #tipscantik #tipskulitsehat #setzerojerawat

♬ Don’t Give Up On Me (From “Five Feet Apart”) – Andy Grammer

Kesimpulan

Macam mana? Berat sikit kelas harini. Kelas akan datang pun akan berat juga topiknya. Sebab ada topik Epigenetics dalam Super Intense Cream Cleanser dan Super Intense Acne Serum. Takpe, take your time. Slowly but surely. Sebab tu KL bagi satu-satu, make sure u all fahamkan dulu tentang Super Potent AHA+BHA Exfoliating Lotion ni ok?

Kalau ada sebarang permasalahan, u all boleh masuk je dalam LIVE KL kat Facebook HAUS Cosmetics Malaysia. Nanti kita borak-borak panjang kat sana ok? Follow TikTok KL untuk latest update LIVE dari dalam production kilang kosmetik. Klik sini!

Salam sayang untuk semua, semoga bermanfaat. Assalamualaikum..

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin

Isi Kandungan

Artikel Menarik

Jangan ketinggalan untuk baca artikel ini juga