Mekanisma Teknologi Epigenetik Dalam Rangkaian Produk HAUS Skin

Assalamualaikum wbt semua, seperti yang dijanjikan.. Harini KL nak bawa u all bersama-sama menyelami mekanisma Teknologi Epigenetik sebab KL nak make sure pengguna faham. KL sayangkan industri kecantikan di Malaysia ni, KL harap dengan usaha kecil KL menulis di platform ini dapat membuka mata ramai pihak untuk inisiatif sentiasa mencari tahu ilmu dan fakta kosmetik yang betul. Taknak buang masa, jom!

Teknologi Epigenetik di dalam Rangkaian Produk HAUS Skin

KL sangat-sangat menekankan pemahaman tentang betapa besarnya pengaruh faktor luaran kepada kesihatan kulit. Contoh paling senang adalah faktor persekitaran. Udara yang tercemar dengan bakteria dan kuman, mata kasar manusia memang tak boleh nampak.

Jujur KL katakan, pasukan R&D HAUS Skin mengambil masa yang lama untuk meneliti bagaimana Teknologi Epigenetik ini boleh diadaptasi ke dalam formulasi produk untuk menghasilkan penjagaan kulit yang boleh digunakan sehingga ke generasi seterusnya.

Tambah pula dalam keadaan pandemik sekarang, kesihatan diri amatlah penting. Nak taknak, pergi mana-mana pun kena pakai mask, glove, semua. Penggunaan pelitup muka yang berpanjangan boleh menyebabkan masalah jerawat, gatal-gatal, merah-merah, dan mungkin ada juga yang jadi sensitif yang mana permasalahan ini perlu diatasi dengan segera agar tidak semakin melarat, sehingga menyebabkan pertukaran epigenetik yang akan diwarisi anak-anak.

Boleh baca lebih lanjut tentang bagaimana Teknologi Epigenetik boleh diwarisi oleh anak di sini ya.

Kesan Teknologi Epigenetik Kepada Kulit

Atas faktor inilah terhasilnya rangkaian produk HAUS Skin dengan Teknologi Epigenetik secara lebih spesifik untuk kesan seperti:

  • Memulihkan masalah kulit berjerawat
  • Mengurangkan kulit sensitif
  • Mempercepatkan proses pemulihan kulit rosak
  • Mempercepatkan penghasilan sel kulit baharu
  • Pembentukan lapisan kulit ECM (Extracellular Cell Matrix) untuk sistem pertahanan kulit yang lebih tinggi terhadap jerawat dan perubahan persekitaran, iaitu antara faktor yang membawa kepada perubahan epigenetik.

Antara perubahan epigenetik yang berlaku pada struktur DNA adalah modifikasi kepada sejenis protein di dalam sel yang dinamakan ‘Histone’. Protein inilah yang memegang struktur DNA, dimana gambarannya DNA seolah-olah bergulung melilit protein Histone. Histone inilah salah satu ‘suis’ yang akan menghidupkan proses penghasilan komponen-komponen kulit kita.

Bagaimanapun, perubahan faktor persekitaran di dalam kulit iaitu perubahan epigenetik boleh menyebabkan tiadanya pengaktifan protein Histone, menyebabkan suis ini akan berada dalam keadaan ‘tutup’, dan penghasilan komponen untuk membaiki kulit tidak lagi berlaku atau semakin berkurangan.

DNA melilit protein Histone, yang bertanggung jawab menghidupkan suis penghasilan komponen kulit seperti kolagen & elastin

Bahan Aktif Epigenetik di dalam Formulasi HAUS Skin

Alhamdulillah, akhirnya pada tahun 2021, setelah selesai proses memperhalusi kesemua kajian dan pembangunan bersama rakan pasukan saintis dari Switzerland dan Itali, HAUS Skin telah bersedia melancarkan rangkaian produk dengan Teknologi Epigenetik, dengan menggunakan bahan aktif epigenetik yang dinamakan sebagai EP Factor.

Kalau u all cari dalam ingredient list produk HAUS Skin, salah satu komponen di dalam bahan EP Factor adalah Azelamidopropyl Dimethyl Amine tau.. Jumpa tak?

EP Factor bertindak mengaktifkan “suis” penjanaan komponen sel-sel baharu, agar kulit dapat dipulihkan dengan lebih pantas. Hasilnya? Rasai sendiri perubahan pada kulit seawal 2 hari sahaja!

Mekanisma Bahan EP Factor bagi Teknologi Epigenetik

EP Factor merupakan bahan bioteknologi yang dapat memperbaiki pemulihan kulit secara menyeluruh. Penting untuk u all tahu bahawa untuk menghasilkan kulit yang sihat, setiap komponen kulit perlu dihasilkan dan berfungsi pada tahap paling optimum, secara sinergi bersama-sama, bukan hanya satu proses sahaja. It’s all about teamwork. Haa gitu, kulit pun pandai bekerjasama tau..

EP Factor bertindak membaiki kulit dari semua segi, dengan 3 langkah utama yang KL nak highlight di sini iaitu:

#1. Meredakan Keradangan Kulit (inflamasi)

Bila kulit naik jerawat, reseptor atau ‘sensor’ pada kulit akan diaktifkan dan memberitahu sistem imuniti badan bahawa terdapatnya anasir luar yang jahat yang perlu diusir dengan kadar segera. Proses ini dipanggil Fasa Inflamasi. KL nak cerita ini adalah proses semulajadi dalam tubuh badan kita yang Allah dah ciptakan sebaik-baiknya ya.

Apabila Fasa Inflamasi diaktifkan, sel-sel imun akan diarahkan menuju ke bahagian jangkitan tersebut, dan sel imun ini akan merembeskan 3 jenis bahan:

  • Inflammatory Cytokines – menyebabkan keradangan kulit
  • Enzim 5-alpha Reductase – meningkatkan pengeluaran sebum kulit
  • Reactive Oxygen Species (ROS) – menyebabkan kerosakan sel

Kesemua bahan yang dirembeskan ini adalah bagi ‘membunuh’ anasir jangkitan tersebut, namun dalam masa yang sama, sel-sel kulit lain akan turut terjejas. Apabila inflamasi berlaku, kulit akan membengkak, kerana lebih banyak sel imun berkumpul di kawasan tersebut. Kulit menjadi merah, kerana lebih banyak sel darah berkumpul untuk membawa nutrien yang diperlukan kulit.

Dengan kemajuan teknologi, para pengkaji sains telah berjaya menghasilkan bahan EP Factor yang bertindak mengurangkan kesemua faktor inflamasi kulit ini:

  • Mengurangkan kesan keradangan kulit sehingga -27%
  • Mengurangkan penghasilan sebum sehingga -33%
  • Mengurangkan penghasilan oksigen reaktif sehingga -33%

*melalui ujikaji in-vitro

Fasa Inflamasi yang berpanjangan dan tidak terkawal akan menyebabkan kulit semakin berminyak, yang memudahkan lagi kotoran untuk melekat pada kulit wajah, seterusnya memudahkan bakteria jerawat hidup di atas kotoran itu. Memang jadi tempat jamuan bakteria la senang kata.

Benjolan, biji dan kemerahan kulit juga akan berpanjangan dan menyebabkan kesakitan dan tidak selesa. Oleh sebab itu, Fasa Inflamasi yang lebih singkat dan terkawal akan memudahkan kulit memasuki fasa kedua, iaitu Fasa Penghasilan Kulit Baharu.

#2. Meningkatkan Penjanaan Sel Kulit Baharu

Apabila jangkitan jerawat telah dineutralkan pada Fasa Inflamasi, sel kulit baharu perlu dihasilkan dengan segera bagi menggantikan sel yang rosak tersebut.

Di sini, bahan EP Factor memainkan peranan yang paaaaling penting di mana EP Factor akan menghidupkan “suis” penjanaan kolagen, elastin, sel keratinocytes dan fibroblast dengan pantas dan mencukupi. Seperti yang dibincangkan, “suis” yang tertutup, lambat bertindak balas, dan tidak efisyen menyebabkan pemulihan kulit menjadi lambat dan tidak sempurna.

Di sini jugalah bagaimana HAUS Skin dengan Teknologi Epigenetik mengubah ‘takdir’ kulit anda – selama ini perubahan epigenetik di dalam diri anda sekian lamanya menyebabkan kulit lambat pulih, mungkin telahpun terjadi berketurunan lamanya. Kini dengan teknologi EP Factor, ianya dapat mengubah bagaimana kulit anda membaikpulih, supaya penghasilan kulit sihat sempurna ini berpanjangan sehingga ke generasi akan datang.

Tengok gambar rajah di bawah untuk tau kenapa jerawat u all boleh mula kecut seawal 2 hari sahaja.

Hampir seluruh kawasan kulit rosak dipenuhi sel baharu keratinocytes selepas hanya 24jam
Hampir semua sel Fibroblast dijana semula selepas 24jam kerosakan

#3. Pembentukan Semula Lapisan Epidermis yang Sempurna

Penjanaan sel kulit baharu yang pantas sahaja tidak mencukupi.

Sel baharu yang dijana mesti dihasilkan dengan sempurna, dengan kadar kolagen dan elastin yang mencukupi, agar sel kulit yang sempurna terbina. Jika penghasilan kulit baharu terlalu cepat dan tidak teratur, kemungkinan struktur kulit yang dihasilkan tidak sempurna, menyebabkan ‘lubang’ dan berlekuk disebabkan susunan kolagen yang tidak teratur.

Bila dah jadi masalah kulit berlekuk ini, percayalah cakap KL, memang susah sangat-sangat nak baik. Melainkan dengan teknik agresif seperti laser atau ‘microdermabrasion’, yang mana kulit dengan sengaja dirosakkan secara perlahan, agar kulit baharu dijana semula bagi menggantikan struktur kulit berlekuk itu. Mekanisma yang sama seperti penggunaan skincare dengan Teknologi Epigenetik.

KL bercakap berdasarkan pengalaman sendiri. KL tak malu mengaku yang kulit KL dulu memang teruk, u all pun tak sanggup kot duduk tempat KL yang berdepan dengan masalah kulit macam tu. Takpelah, ini perjuangan KL untuk bagi yang terbaik untuk u all semua. OK sambung hehe.

Struktur lapisan kulit kita ni adalah satu network yang kompleks dengan susun atur yang sangat unik. Lapisan epidermis yang sempurna amat penting bagi menghasilkan kulit yang kukuh dan tahan lasak. Bila skin barrier dah rosak, senang je kulit kembali dijangkiti jerawat dan susah pulak tu nak dipulihkan!

Seringkali kita dengar bahawa skin barrier atau pendiding kulit adalah faktor kulit sihat sempurna, lembap, halus dan dan berseri. Lapisan kulit yang sempurna akan memastikan skin barrier ini kukuh, yang akan mempercepatkan lagi pemulihan jerawat, serta menghalang kulit dari dijangkiti jerawat lagi pada masa akan datang.

U all nak tahu tak, EP Factor berupaya menghasilkan lapisan kulit yang sempurna ini, seawal 3 hari sahaja.

Lapisan Epidermis yang terhasil adalah padat, tersusun dan lengkap

Kesimpulan

Secara keseluruhan, KL boleh katakan bahan aktif EP Factor ini memberi “peluang kedua” kepada kulit u all. Jika sebelum ini u terpengaruh dengan produk yang mengandungi bahan toksik dan beracun, amat sukar kulit dipulihkan secara sempurna, kerana sel kulit telahpun rosak teruk dari lapisan dalam lagi. It’s okay. Takpe, jangan risau.

3 langkah ini – mengurangkan keradangan, menjana sel baharu dan memperkukuhkan lapisan epidermis – berupaya menghasilkan kulit yang kembali sihat dan lebih menawan seperti diimpikan.

HAUS Skin dengan Teknologi Epigenetik, mampu ‘melahirkan’ semula proses pemulihan kulit, dengan memperbetulkan cara kod genetik anda dibaca. Dengan penggunaan berterusan, bukan sahaja jerawat dikurangkan, malahan kulit berminyak, kendur dan parut juga dapat diselamatkan. Apatah lagi, kesan yang berpanjangan ini boleh diwarisi oleh anak-anak kita kelak.

Produk skincare HausSkin ini mempunyai Teknology Epigenetic yang sangat berkesan untuk mendapatkan kulit yang cantik.

Semua ni seolah-olah seperti cerita khayalan kan? Mana mungkin produk sapuan sahaja boleh memberi impak yang sebegitu hebat ini?

Dengan macam-macam teknologi dan inovasi kosmetik, susah nak pastikan mana satu hanya penceritaan semata-mata sekadar claim, mana satu sekadar ayat marketing, dan mana satu yang betul-betul memberi impak kepada kulit.

Apapun KL tak suka sembang hype-hype dik.. Tak kisahlah orang nak kata apa, KL buat je kerja sendiri, study banyak-banyak ilmu sains dan fakta-fakta, mekanisma setiap inci formulasi produk kecantikan untuk hasil yang terbaik untuk semua.

Jenama HAUS ni cinta mati KL yang KL akan jaga nama baik dan reputasi setiap produk yang dihasilkan. Disebabkan itu, formulasi Epigenetik ini telah pun dikaji, diuji dan diguna oleh testimoni sukarela sebelum ianya dilancarkan.

KL tinggalkan u all dengan kisah perjalanan transformasi kulit bersama Set #HAUSZeroJerawat. Malas cakap banyak, u all tengoklah sendiri!

RUJUKAN:

  1. B vitamins attenuate the epigenetic effects of ambient fine particles in a pilot human intervention trial. https://www.pnas.org/content/114/13/3503.full

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin

Isi Kandungan

Artikel Menarik

Jangan ketinggalan untuk baca artikel ini juga