Kulit Kering dan Gatal, Produk Ini Solusi Terbaik Masalah Anda

Kulit kering dan gatal sememangnya merupakan sesuatu yang dialami oleh kebanyakan orang pada satu ketika. Kulit kering biasanya tidak begitu serius kerana dalam kebanyakan kes, ianya disebabkan oleh faktor seperti cuaca panas atau sejuk, kelembapan udara yang rendah dan kulit terdedah kepada rendaman air panas untuk tempoh masa yang lama. Tetapi bagi sesetengah, khususnya bagi yang mempunyai kulit sensitif, masalah kulit kering dan gatal boleh menjadi suatu perkara yang menjengkelkan.

Jika anda merupakan salah satu daripada mereka yang mempunyai kulit sensitif, anda boleh melakukan banyak perkara untuk melegakan kulit kering dan gatal, misalnya salah satu cara adalah dengan menggunakan pelembap dan mengelakkan sabun kasar yang boleh mengeringkan kulit anda dengan lebih teruk. Tetapi kadang-kadang kulit kering dan gatal boleh kerap berlaku atau menjadi lebih teruk. Dalam kes ini, anda mungkin memerlukan bantuan doktor yang pakar dalam kulit iaitu pakar dermatologi.

Walaubagaimanapun, untuk mengatasi masalah kulit kering dan gatal tidaklah memerlukan sebarang langkah penjagaan yang rumit atau susah sekiranya anda kenali jenis kulit anda dan mengetahui apa yang sesuai untuk penjagaan kulit anda.

SOLUSI TERBAIK UNTUK MASALAH KULIT KERING DAN GATAL – HAUS SPECIAL SET SENSITIVE SKIN

Jika ini adalah pertama kali anda mendengar nama Special Set Sensitive Skin maka anda harus tahu bahawa set keluaran khas HAUS merupakan set penjagaan kulit yang dirumus khususnya untuk mereka yang mengalami masalah berkaitan kulit seperti jerawat, kulit muka berminyak, ekzema, ruam, kering dan kegatalan.

Dalam Special Set Sensitive Skin ini, anda akan mendapat kombo:

  • Super Sensitive Beauty Lotion (100g)
  • Super Sensitive Beauty Soap (50g)

Gabungan dua produk super best ini iaitu Sensitive Beauty Soap (SSBS) dan Super Sensitive Beauty Lotion (SSBL) boleh dapat buatkan anda mendapat tidur malam yang nyenyak dan selesa. Hal ini kerana set ini akan membantu anda mencapai kulit kembali lembab dan terhidrat untuk tempoh 72 jam. Kombinasi produk dalam set ini juga berfungsi mengukuhkan sistem “skin barrier” ataupun sistem pertahanan kult anda di mana pastinya keanjalan kulit anda makin terserlah bila digunakan secara konsisten.

Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda kulit sensitif seperti berikut, pilihan Special Set Sensitive Skin sememangnya untuk anda:

  • kulit kemerahan dan pedih
  • kulit kering dan gatal
  • kulit mudah bertindak balas (kulit sensitif) dan mengelupas 

PENAWAR MUJARAB SUPER SENSITIVE BEAUTY LOTION UNTUK KULIT KERING DAN GATAL

Super Sensitive Beauty Lotion ini bukan seperti losyen-losyen badan yang anda boleh jumpai di luar sana. Losyen yang diformulasikan berasaskan air di mana ianya menggunakan bahan-bahan yang menenangkan dan melembapkan kulit. Formulasi unik ini dihasilkan dengan kombinasi 3 jenis minyak pati tumbuhan bersama 7 jenis ekstrak tumbuhan herba sememangnya satu “skin investment” yang berbaloi untuk kulit anda!

Ciri-ciri Super Sensitive Beauty Lotion:

  • Tekstur losyen putih pekat berwarna putih
  • Tiada pewangi sintetik
  • Ada 3 jenis essential oil – Sunflower Seed Oil, Argan Oil dan Lemon Peel Oil
  • Tekstur tidak melekit, tidak berminyak dan cepat meresap pada kulit

Super Sensitive Beauty Lotion ini direka khas untuk merawat masalah kulit seperti :

  • Ekzema 
  • Psoriasis  
  • Dermatitis  
  • Kulit gatal-gatal 
  • Ruam baby  
  • Kudis & Kurap 
  • Kulit kering 
  • Panau 
  • Scabies

Bahan kandungan yang utama ataupun kandungan bahan yang mengandungi peratusan % yang paling tinggi ialah Shea Butter, Spent Grain Wax dan Argan Oil.

Tetapi, selain daripada bahan-bahan utama, Super Sensitive Beauty Lotion juga mengandungi kandungan bahan sampingan seperti; 

  • Sunflower Seed Oil
  • Argan Oil
  • Lemon Peel Oil
  • Ekstrak Akar Tumbuhan
  • Green Tea
  • Chamomile
  • Rosemary
  • Pegaga
  • Licorice

Kesemua bahan kandungan dalam Super Sensitive Beauty Lotion merupakan bahan semulajadi dan organik. Tiada penggunaan bahan kimia dalam penghasilan produk Super Sensitive Beauty Lotion ini. 

Sebab itu, yang best pasal Super Sensitive Beauty Lotion ni adalah apabila sebaik sahaja penggunaan ia dapat;

  • Memberi kelembapan selama 3 hari pada kulit
  • Membaiki dan mengukuhkan “skin barrier”
  • Melegakan kegatalan, keradangan dan kemerahan kulit
  • Mengembalikan keanjalan kulit

SABUN SUPER SENSITIVE BEAUTY PRODUK TERBAIK UNTUK MELEGAKAN KULIT KERING DAN GATAL

Super Sensitive Beauty Soap adalah sabun yang diformulasi khas untuk mereka yang menghadapi masalah berkaitan kulit. Sehingga kini lebih 10,000 pengguna amat berpuas hati dengan perubahan yang diterima selepas menggunakan Super Sensitive Beauty Soap ini. 

Bar sabun Super Sensitive Beauty ini bertekstur sangat halus dari bahan-bahan yang dipilih dengan teliti yang dirumus khas untuk anda yang mempunyai kulit sensitif, kulit berminyak, dan kulit berjerawat. Uniknya, Sabun Super Sensitive Beauty ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering kerana sifat pelembabnya yang sangat tinggi.

Berikutan dengan sifat pelembabnya yang tinggi (high moisturising factor) sabun Super Sensitive khususnya telah banyak membantu merawat orang yang ada masalah ekzema. Sabun ini juga sesuai untuk anda yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat.

APA RAHSIA YANG MEMBEZAKAN SUPER SENSITIVE BEAUTY SOAP DENGAN PRODUK LAIN ?

SSB Soap diformulasikan daripada bahan kandungan jenis Premium Grade dari luar negara hasil perkongsian dengan pakar-pakar antarabangsa. Bahan-bahan ini 100% semulajadi dan ianya mesra pada kulit.

  1. Shea Butter : Melembapkan kulit dan kaya dengan Vitamin A, Vitamin E dan Vitamin F
  2. Spent Grain Wax : Menghilangkan kesan kegatalan dengan pantas
  3. Argan oil : Kaya dengan anti-oksidan dan merawat kulit secara semulajadi
  4. Tea Tree Oil : Mengurangkan jerawat dan mengatasi minyak berlebihan
  5. Avocado Oil : Meminimakan jerawat dan mencegah kulit daripada kering
  6. St John’s Wort Oil : Mengurangkan radang, iritasi dan rengsa pada kulit

Dengan penggunaan secara konsisten Super Sensitivity Beauty Soap ini anda boleh membantu melegakan kegatalan, bengkak, kemerahan & kekeringan pada kulit anda dengan mudah terutamanya secara semulajadi. Antara manfaat penggunaan Super Sensitive Beauty Soap adalah:

  • Meningkatkan kelembapan dan kelembutan kulit
  • Mengekalkan keseimbangan kulit
  • Membantu dalam rawatan kulit kering, gatal dan luka
  • Membantu masalah jerawat dan kulit sensitif
  • Bersifat anti-radang, anti-fungal, anti-mikrob dan anti-oksidan
  • Membantu dalam proses penyembuhan sel kulit
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Menghilangkan bau badan
  • Menghilangkan bau badan
  • Memudarkan jeragat dan parut jerawat
  • Mengurangkan kegatalan kulit sepantas 5 minit
  • Boleh dijadikan syampu untuk masalah kulit kepala
  • Mengurangkan kesan radang dan ekzema

Kedua-dua losyen dan sabun dalam Set Sensitive Skin ini bebas daripada bahan steroid. Bahan-bahan kandungan dalam losyen ini kesemuanya natural dan organik. Jadi anda tidak perlu risau jika anda mempunyai kulit sensitif kerana set ini sesuai untuk semua jenis kulit.

APAKAH HASIL YANG BOLEH ANDA LIHAT DENGAN SPECIAL SET SENSITIVE SKIN INI?

Si manja anda kini tersenyum riang. Tiada lagi ruam, kemerahan dan kegatalan. Masalah kulit anda kini berada di penghujung dan semakin membaik. Anda kini tampil lebih yakin dan tiada lagi yang akan pandang serong pada anda. Tiada lagi ungkapan ‘anda malas jaga muka’.

Mekap anda semakin cantik dan tidak lagi bercapuk kerana kulit muka anda kini semakin sekata. Parut jerawat yang berlekuk-lekuk kini semakin hilang dan anda tidak perlu lagi memakai mekap yang tebal semata-mata untuk menutup jerawat. Tak perlu lagi bawa tisu minyak untuk lap muka anda yang kuat berminyak. Anda kini bebas melakukan aktiviti luar tanpa perlu risau wajah anda berminyak, berjerawat, kulit kering dan gatal. Sememangnya, produk ini akan menjadi solusi terbaik untuk masalah anda. Yang penting anda harus berani cuba dan menggunakan secara konsisten.

JOM DAPATKAN SPECIAL SET SENSITIVE SKIN DAN HIDUP BEBAS KULIT KERING DAN GATAL

Anda boleh menikmati hidup dengan yakin tanpa masalah kulit kering dan gatal yang selalunya boleh menjadi sesuatu yang menjengkelkan. Persoalannya adakah anda bersedia untuk mencuba Special Set Sensitive Skin untuk membebaskan diri anda daripada masalah yang sudah lama membelenggu diri anda? Mudah sahaja caranya, hanya klik di sini dan anda akan menjumpai penyelesaiannya!

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin

Isi Kandungan

Artikel Menarik

Jangan ketinggalan untuk baca artikel ini juga