Bermula Soalan Daripada Emak, Kini Wujud Kilang Kosmetik HALAL Dengan Formulasi Setaraf Antarabangsa

Helo semua pembaca blog www.hauscosmetics.com.my yang amat KL sayangi.

Bagi mereka yang nak baca artikel KL berkenaan teknologi kosmetik yang paling terbaru, sila ke artikel KL yang sebelum ini iaitu Epigenetic Technology.

Hari ini KL terkenang-kenang pasal emak KL. Kita semua ada emak, kan? Emaklah seorang insan yang banyak mengubah hidup kita. Emaklah yang banyak mencorak hidup kita. Seorang wanita bergelar emak, tak kiralah latar belakangnya macam mana, mereka ni seorang insan yang amat bermakna dalam hidup seorang anak.

Mak KL yang suka kan kecantikan juga

Samalah macam KL. Kalau tanpa satu soalan daripada emak KL ni, tak mungkin KL akan berada pada tahap sekarang. Soalan emak yang bagi KL sangat simple, tapi sebenarnya soalan itulah yang telah menggoncang pemikiran KL sehingga KL membuat tindakan luar biasa sekali gus merobah segala-galanya!

KL memang sangat berminat dengan dunia kecantikan ni. Atas sebab minat inilah, walaupun KL sangat sibuk dengan kerja sepenuh masa sebagai auditor di institusi perbankan, tapi KL sanggup buat kerja part time sebagai jurumekap atau orang selalu panggil MUA iaitu make up artist. KL jadikan hujung minggu KL dipenuhi dengan undangan menyolek pengantin.

Inilah antara hasil dari makeup KL 8 tahun lepas semasa bergelar MUA
Ini pula hasil makeup KL kepada pengantin ketika majlis pernikahan

Untuk kepuasan diri sendiri dan hasil solekan yang nampak wow, KL gunakan barangan kosmetik jenama antarabangsa. Bukan calang-calang produk kosmetik tau yang KL gunakan. Ratusan harga satu-satu produk tu. Walaupun mahal, KL puas hati sebab kualiti produk tersebut. Sebagai MUA, KL puas hati dengan kualiti produk itu. Sebagai client pula, kebanyakan mereka puas hati dengan hasil solekan. Produk yang berkualiti memberi kesan sangat baik pada hasil solekan. So, KL tak kisah melabur duit memberi produk kosmetik jenama antarabangsa ni demi kepuasan.

TERPANA DENGAN SOALAN EMAK

Suatu hari, emak KL duduk sambil membelek-belak beg mekap yang KL usung ke sana ke sini untuk menyolek client KL. Tiba-tiba emak KL tanya.

“Barang mekap ni, halal ke Kak Long?”

Simple je soalan emak KL, tapi cukup buat KL terpana dengan soalan tu. KL tak ada ayat nak jawab soalan emak sebab memang KL tak ada jawapan bagi soalan tu pun. Malah KL sendiri terfikir-fikir dalam kepala. Halal ke produk yang aku guna selama ni? Bila KL sendiri belek setiap produk kosmetik yang KL gunakan, memang tiada logo Halal pun.

IDEA HEBAT DARIPADA SOALAN EMAK

Bermula daripada soalan emak KL inilah timbul idea alangkah bagusnya jika KL ada produk sendiri. KL terfikir nak ada rangkaian produk kosmetik yang diyakini halal supaya pengguna tak rasa was-was sebagaimana yang KL rasa apabila emak tanya pasal status halal tu.

Dari situlah KL mulakan mencari formulasi kosmetik halal yang menggunakan bahan-bahan yang diyakini halal. KL yakin produk kosmetik halal pasti akan dicari kerana seorang Muslim perlu pakai sesuatu yang diyakini halal.

KL bermula dengan bedak asas atau foundation. Penanda aras KL masa itu adalah foundation NARS. Tekstur foundation NARS ni sangat best dan menepati cita rasa KL. Jadi KL berusaha untuk menghasilkan foundation yang menepati piawaian kualiti setanding macam NARS tetapi formulasinya menggunakan produk dan proses yang diyakini halal.

foundation NARS yang pernah KL guna ketika menjadi MUA dahulu

Alhamdulillah, hasil usaha dan kerja keras KL serta niat untuk menyajikan foundation halal kepada pengguna, foundation KL di bawah jenama HAUS Cosmetics iaitu Melty Glam Aqua Foundation pun terhasil. KL sangat puas hati dengan formulasi bedak asas ni. Paling KL bangga sebab foundation ni bukan sahaja halal tetapi menggunakan teknologi Skin Microbiome yang diperkatakan oleh saintis dan tenaga pakar bidang kosmetik seluruh dunia. Boleh KL katakan inilah satu-satunya foundation tempatan yang direka khas dengan teknologi Skin Microbiome.

Melty Glam Aqua Foundation

Berkat niat untuk memberikan yang terbaik dan halal, Melty Glam Aqua Foundation berjaya menambat hati ramai pengguna dan terjual sebanyak 30,000 botol dalam masa sebulan!

TERUS BERUSAHA HASILKAN FORMULASI KOSMETIK HALAL

Penangan hebat Melty Glam Aqua Foundation, menyuntik semangat yang bukan sikit pada KL. Semangat KL terus membara dan berkobar-kobar untuk teruskan niat KL yang nak menyajikan produk kosmetik halal pada seluruh masyarakat. KL anggap ini sebagai jihad. KL tak mahu lagi ada yang rasa waswas dengan kosmetik yang mereka pakai. Kita kena pakai produk yang bukan sahaja berkualiti tetapi DIYAKINI HALAL!

Secara mudahnya, KL nak hasilkan formulasi kosmetik yang diyakini halal dengan tekstur, kemasan dan menggunakan bahan-bahan berkualiti setaraf produk antarabangsa. Itu cita-cita KL.

Cinta KL pada bidang kecantikan sangat mendalam. Idola KL dalam bisnes kecantikan ini ialah Bobbi Brown. Beliau lahir pada 14 April 1957. Seorang MUA profesional Amerika Syarikat dan kemudiannya mengusahakan produk kosmetik atas jenamanya sendiri iaitu Bobbi Brown Cosmetics. Beliau juga telah menulis lapan buku mengenai solekan dan kecantikan yang menjadi panduan kepada peminat bidang ini.

Pemilik Bobbi Brown

KL akan terus berjuang, melangkah dalam dunia kecantikan yang telah KL usahakan. KL selesa di dalam makmal membuat kajian dan membangunkan produk. KL teruja melihat proses pembuatan kosmetik di kilang. KL rasa puas hati apabila dapat bersama-sama team penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk.

Akhir kata, KL nak ucapkan jutaan terima kasih kepada emak KL. Disebabkan soalan emak itulah akhirnya KL kini dapat pantau proses penghasilan kosmetik secara terperinci. Termasuklah mengawal sumber bahan mentah, R&D formulasi, production, quality control, packaging, perkhidmatan pelanggan dan sebagainya. Semuanya mengenai kosmetik yang diyakini HALAL. Terima kasih, emak!

Jumpa pagi dalam entri seterusnya. Salam sayang, KL.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin

Isi Kandungan

Artikel Menarik

Jangan ketinggalan untuk baca artikel ini juga