2 Rahsia Mencari Produk International Bagus Yang Ramai Tidak Tahu

Hai semua pembaca setia blog KL.

Korang nak tahu tak betapa KL sebenarnya gembira bila tengok blog KL ni semakin ramai pembaca. Bukan sebab KL nak glamour jadi blogger tersohor pun. Tapi sebab KL gembira dapat sampaikan info kepada lebih ramai orang.

Dalam blog KL ni, KL suka bercerita pasal fakta kosmetik yang ramai tak tahu. KL nak lebih ramai orang peka dengan produk kosmetik dan skincare yang mereka guna. KL kasihan tengok masih ramai pengguna yang kulit muka breakout bila terpakai produk yang ada merkuri. Aduhai..kesiannya…

Jadi atas dasar tanggungjawab, KL menulis dalam blog ni supaya lebih ramai masyarakat sedar betapa pentingnya guna produk yang dikilangkan di kilang yang ada status Good Manufacturing Services (GMP) atau Amalan Perkilangan Baik macam kilang KL iaitu GIM Cosmetic Industries Sdn Bhd. Tanggungjawab korang pula, please share link artikel blog ni supaya sama-sama dapat manfaatnya.

Inilah kilang pertama KL yang mana didalamnya mempunyai makmal dan juga mendapat sijil GMP dari KKM dan sijil HALAL dari JAKIM

Hari ni KL nak cerita pasal something missing. Korang tahu tak apa yang KL maksudkan dengan something missing ni? Sebenarnyakan, sebelum ada kilang sendiri, KL sangat cerewet bila nak beli satu-satu produk kosmetik. Yalah, dulu KL kan make up artist (MUA). KL akan mekap pelanggan KL misalnya pengantin.

Inilah antara hasil dari makeup KL 8 tahun lepas

KL takkan beli sembarangan produk sebab produk tu akan KL tepekkan pada kulit wajah pelanggan. Itu tanggungjawab KL untuk pastikan pelanggan dapat solekan yang cantik daripada produk berkualiti.

Satu lagi sebab, KL sendiri pun ada masalah eczema dan kulit sensitif. So, KL memang tak boleh guna sembarangan produk. KL tak berani nak guna sebab boleh tambah teruk kulit KL yang sensitif ni. Walaupun produk tu produk international, KL masih tetap perlu memilih yang paling TRUSTED!

Cari Maklumat Melalui Google

Sebelum beli produk mekap international brand, KL akan cari info dahulu di internet. Antara info penting yang KL cari adalah produk tu dari negara mana dan dikilangkan di mana. Lagi bagus kalau ada info tambahan mengenai pengasas produk itu sendiri.

Misalnya, Bobbi Brown. KL google mengenai Bobbi Brown ni. Sejarah produk ni sangat dekat di hati KL. Beliau pengasas yang sangat berkredibiliti, suka buat penyelidikan dan pembangunan produk (R&D), suka bermain dengan warna dan sangat cerewet terhadap kualiti. Disebabkan produk Bobbi Brown yang sangat bagus ni, sampai membuatkan syarikat kosmetik gergasi Estee Lauder Companies beli saham Bobbi Brown.

Kilang Estee Lauder mempunyai makmal sendiri dan sangat dipercayai dalam penghasilan produk kecantikan dunia

Sebagai syarikat kosmetik yang sangat tinggi piawaiannya, Estee Lauder Companies takkan beli saham syarikat yang bukan calang-calang. Jadi, kalau Estee Lauder Companies sanggup beli saham Bobbi Brown, ini menunjukkan Bobbi Brown adalah satu jenama yang kukuh. KL memang sangat percaya dengan himpunan produk di bawah jenama Estee Lauder Companies.

Pemilik Bobbi Brown Cosmetic

Kilang Estee Lauder memang sangat dipercayai kerana ada makmal sendiri, ada ahli kimia sendiri dan sentiasa konsisten menjalankan R&D yang bersungguh-sungguh demi memastikan industri kosmetik ini kekal berada pada satu tahap yang memuaskan. KL sendiri pun banyak guna produk di bawah kilang Estee Lauder 10 tahun lepas seblum KL ada kilang kosmetik KL sendiri misalnya Bobbi Brown, MAC, NARS dan LA MER.

Brand kosmetik yang di hasilkan oleh kilang kosmetik Estee Lauder

Begitu jugalah dengan produk Korea Selatan. Sekarang Korea Selatan pula semakin berkembang dengan industri kosmetik mereka. Mereka pun dah ada kilang kosmetik yang sangat dipercayai tahap kualiti produk. Kilang AmorePacific Group ada banyak jenama di bawahnya. Contohnya Sulwahsoo, HERA, Vital Beautie dan Primera. Secara mudahnya, kalau satu-satu produk itu dikeluarkan di kilang AmorePacific, korang pakai sajalah dan tak perlu risau dengan tahap kualitinya.

Brand kosmetik yang di hasilkan oleh kilang kosmetik Amore Pacific Korea

Note: Nampak tak betapa pentingnya kita sebagai pengguna perlu tahu asal usul produk yang kita guna kan?

Situasi Di Negara Kita

Di negara kita, masih ramai yang ada tanggapan bahawa produk lokal yang dibuat di kilang OEM, semuanya sama saja. Sebenarnya, konsep kilang secara OEM macam ni, sudah lama dibuat di luar negara. Memang banyak kilang OEM wujud.

Persoalan yang perlu kita ambil kira adalah macam mana kita nak pilih kilang OEM yang bagus dan sentiasa mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi. KL sebagai pemilik kilang kosmetik, bukan sejak ada kilang saja KL titik beratkan soal kualiti. Sejak 10 tahun dulu masa KL masih lagi seorang MUA, KL dah peka dengan kualiti produk.

Kalau korang seorang pengguna produk international pun, korang kena tahu bahawa tak semua produk international itu bagus. Kena bijak pilih produk international yang mana satu.

Nak tahu macam mana cara nak pilih produk international yang bagus?KL bagi 2 rahsia pada korang macam mana nak cari produk international yang bagus:
1) Tengok produk tu dikilangkan di mana.
2) Pastikan ada makmal R&D secara klinikal atau tidak.

Mencari Jawapan Pada Something Missing

KL amat sarankan pada korang, sebelum membeli dan menggunakan sesuatu produk, buat sikit carian maklumat mengenai produk itu. Terutamanya kalau kita cari rezeki melalui solekan macam MUA. Kita kena pastikan produk yang kita guna itu berkualti tinggi supaya tak rosakkan kulit pelanggan kita.

Sebagai pelanggan pula, kita kena tengok mekap artis itu guna produk apa. Bukan setakat tengok marketing dan cara solek dia bagus semata-mata, kita pun pakai. Takut impak pada kulit kita.

Tapi, macam yang KL katakan tadi, ada something missing yang tak dapat KL pastikan. Something missing yang buat KL terfikir-fikir. KL tahu produk yang KL guna masa jadi MUA dulu semuanya bagus, semuanya berkualiti tinggi dan semuanya dikilangkan di kilang yang sangat hebat piawaiannya. Something missing yang KL maksudkan itu adalah soal HALAL dan TOYYIB.

Kilang kosmetik KL iaitu GIM Cosmetic Industries Sdn Bhd mempunyai sijil Halal dari Jakim

Kita semua tahu produk international memang best bila dipakai, kualiti sangat bagus tapi mereka tak pernah highlight soal halal. Mereka tak uar-uarkan soal itu jadi kita pun tak pasti produk itu halal atau tidak. Korang boleh baca persoalan yang bermain di kepala KL ni di ENTRI INI.

Atas sebab itulah KL akhirnya buat kilang sendiri. KL bersungguh-sungguh nak hasilkan produk yang kualiti setanding dengan produk international yang KL suka pakai, lengkap dengan R&D yang konsisten tapi ada tambahan daripada sesuatu yang missing iaitu produk yang KL hasilkan di kilang KL adalah produk yang diyakini HALAL dan TOYYIB.

Kosmetik Dari Kilang Melayu Pertama Diterima Masuk Ke Sephora Malaysia

Hasil dari sifat cerewet KL dalam penghasilan formula kosmetik, akhirnya membawa banyak kebaikan kepada kilang kosmetik KL. Apa dia? Salah satu produk yang dihasilkan oleh kilang KL iaitu produk “Prettysuci Cosmetic” diterima masuk ke Sephora Malaysia.

Salah satu produk Prettysuci yang kilang KL hasilkan

Pada ketika itu, hanya 2 sahaja brand local yang diterima masuk oleh Sephora Malaysia iaitu “Duck Cosmetic” dan “Prettysuci”. Semua formula di bawah brand Prettysuci dihasilkan oleh makmal di bawah kilang KL GIM Cosmetic Industries Sdn Bhd.

Bukan mudah untuk melepasi standard Sephora hokey, dan kilang kosmetik KL berjaya, alhamdulillah.

Produk Prettysuci yang berada di Sephora KLCC dan Midvalley

Jadi, nasihat KL, sayanglah kulit muka kita. jangan aniaya kulit muka kita. Sebelum kita pakai apa-apa skincare atau makeup, kaji dan selidik betul-betul produk itu dari kilang yang mana, ada makmal R&D ke tidak, Halal ke tidak kilang tu, sekali kang tukang gaul produk yang kita tepek tu pun bulu penuh kat tangan…eeeee….pls lah…nak termuntah!

KL dinobatkan sebagai pemenang Produk Kosmetik Halal 2020 bagi brand Haus Cosmetics

Jumpa lagi dalam entri seterusnya dimana KL akan ajar macam mana cara nak selidik kilang kosmetik tersebut mempunyai kredibiliti yang tinggi ke tidak. Nantikan yer!

Salam sayang, KL.

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin

Isi Kandungan

Artikel Menarik

Jangan ketinggalan untuk baca artikel ini juga