(100% Berkesan) Produk Kecilkan Liang Pori Untuk Kulit Berminyak

Sekiranya anda melihat cermin dan melihat tekstur kulit anda tidak kelihatan sekata dan tidak sehalus yang anda mahukan, masalah liang pori besar boleh menjadi salah satu penyebabnya. Liang pori adalah bahagian di kulit anda yang menghasilkan peluh. Setiap daripada kita memilikinya, di mana penumpukan minyak dan kekotoran boleh menyebabkan liang tersumbat dan ini yang boleh menyebabkan liang pori anda menjadi atau kelihatan besar. Perkara ini akan terjadi khususnya untuk golongan individu yang mempunyai kulit berminyak.

Salah satu soalan yang seringkali menjadi persoalan orang ramai adalah “bagaimana mengecilkan liang pori “— tetapi anda harus ketahui bahawa ia adalah perkara mustahil untuk mengubah ukuran liang pori anda. Itu bukan caranya. Walaupun begitu, produk kecilkan liang pori yang betul dan rutin penjagaan kulit yang sesuai dapat membantu mengurangkan penampilan liang pori anda yang besar.

APA ITU LIANG PORI DAN APA FUNGSINYA?

Saiz dan rupa liang pori atau pori anda bergantung pada beberapa faktor iaitu perkara seperti genetik, jenis kulit, pendedahan kepada cahaya matahari, dan usia. Tanpa mengira saiz liang pori anda, sebenarnya liang pori mempunyai fungsi yang terpenting dalam kulit anda. Peranan liang pori atau pori-pori adalah untuk membolehkan kulit anda ‘bernafas’, dan juga merupakan seakan ‘medium’ di antara bahagian dalam badan dan luar badan anda.

APAKAH CARA TERBAIK UNTUK PASTIKAN LIANG PORI ANDA BERSIH?

Seperti yang diketengahkan di atas ukuran saiz liang pori anda tidak dapat diubah kerana ukuran liang pori masing-masing ditentukan secara genetik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa langkah penjagaan yang boleh anda amalkan untuk mengubah penampilan liang pori anda.

  • Penggunaan krim retinol dapat membantu menjaga kebersihan liang pori serta memberi kesan penampilan liang pori kecil. Krim retinol mendorong penggantian sel kulit dan mengecilkan liang pori.
  • Cari krim yang mengandungi bahan kolagen. Hal ini kerana kolagen mendorong penggantian sel untuk mengurangkan penampilan ‘age spots’ dan ini termasuk pengurangan jumlah liang pori yang besar.
  • Pencuci muka dan pembersih yang mengandungi bahan kandungan seperti arang dan witch hazel dapat membantu menghilangkan kekotoran dan memberi liang pori penampilan yang ‘firm’ dan kecil.
  • Gunakan pelindung matahari semula jadi yang mengandungi zink oksida semasa anda berada di luar rumah, walaupun cuaca mendung. Losyen pelindung matahari jenis ‘moisturizing’ adalah satu lagi losyen semula jadi yang hebat untuk kulit badan.
  • Minum air dengan banyak dan kekal terhidrat. Selain membersihkan badan, kesan terbaik dari air adalah ia dapat melembapkan sel (iaitu sekitar 80 peratus air). Apabila sel terhidrat dengan baik, maka ruang di antara liang pori akan semakin mengecil.

Di sini, anda perlu ingat bahawa apabila anda mula mengamalkan rutin penjagaan kulit yang spesifik adalah amat penting untuk anda amalkannya secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk kulit anda. 

Walaupun anda tidak mempunyai pilihan untuk mengubah jumlah minyak yang dihasilkan oleh tubuh anda, tapi anda boleh membersihkan lebihan minyak dari permukaan kulit untuk mengecilkan penampilan liang pori anda. Selain itu, pastikan ‘foundation’ kulit anda tetap kuat supaya penampilan liang pori anda tidak terjejas. 

Namun begitu, bagi anda yang mencari produk kecilkan liang pori, anda juga boleh gunakan HAUS Birdnest Beauty Elixir Spray sebagai kaedah penjagaan kulit yang terbaik selain membantu mengecilkan liang pori anda. 

BIRDNEST BEAUTY ELIXIR SPRAY – PRODUK KECILKAN LIANG PORI BERKESAN KHAS UNTUK KULIT BERMINYAK 

Haus Birdnest Beauty Elixir Spray adalah penyembur elixir sejuk yang menyegarkan. Spray ini kaya dengan bahan semula jadi yang memberi manfaat kepada wanita untuk mereka yang ingin mengutamakan kualiti dan kecantikan kulit. Elixir ini diformulasikan dengan molekul yang lebih kecil supaya ianya mudah untuk meresap ke dalam kulit anda dengan mendalam.

Spray Elixir Birdnest Beauty yang sejuk menyegarkan, kaya dengan kebaikan bahan-bahan semula jadi untuk wanita ‘on-the-go’ yang tetap ingin mengutamakan kualiti dan kecantikan kulit. Elixir seringkali menjadi kekeliruan antara essence dan serum. 

Birdnest Beauty Elixir ini berlainan sama sekali. Sebab itu, anda perlu ketahui ciri-ciri Elixir Spray ini: 

  • Tidak melekit
  • Cepat meresap ke dalam kulit
  • Menyegarkan kulit
  • Mengandungi ekstrak organik anggur dan lemon
  • Memberikan hidrasi kepada kulit

Spray Elixir Birdnest Beauty juga bertindak sebagai ‘makeup base’ dan ‘setting spray’ bagi memberi ketahanan mekap untuk tempoh masa yang lama. Sementara serum merupakan formula dengan kepekatan yang tinggi dengan menyasarkan masalah kulit yang spesifik manakala essence pula bersifat lebih ringan dengan kepekatan yang lebih rendah dan bertindak sebagai lapisan tambahan bagi penghidratan.

KEBAIKAN KANDUNGAN BAHAN BIRDNEST BEAUTY ELIXIR SPRAY UNTUK LIANG PORI ANDA

Antara bahan kandungan Birdnest Beauty Elixir Spray adalah:

  1. Swiftlet Nest Extract membantu membekalkan tenaga yang penting untuk pembaharuan sel bagi membolehkan kulit nampak awet muda. Dengan itu, ia merangsang penghasilan kolagen untuk menambah baik tona kulit yang baru, menyerikan penampilan kulit yang kusam, melembapkan kulit, dan membaik pulih tekstur kulit supaya menjadi lebih anjal dan sihat berseri. 
  1. Pistacia Lentiscus (Mastic) Gum merupakan bahan semulajadi yang berkuasa untuk membaiki kulit yang kasar dengan menghaluskan liang pori sekaligus mengecilkan saiz pori. Dengan mengurangkan pori-pori, bahan ini berupaya untuk membersih ‘blackhead’ dan ‘whitehead’ serta memberikan kesan ‘non-comedogenic’. Ia juga dapat mengurangkan penghasilan sebum. Dengan itu menyingkirkan kilatan berlebihan di wajah dan memberi kesan ‘matte’ yang cantik. Bahan ini diimport khas dari Switzerland hanya untuk HAUS.
  1. Saccharide Isomerate merupakan bahan yang diperolehi dari bertih jagung, ia telah terbukti secara saintifik memberikan kelembapan mendalam selama 72 jam. Hasilnya boleh dilihat dari segi penambahbaikan yang ketara dalam tekstur kulit dan kulit tampak jauh lebih sihat hasil dari kelembapan yang mendalam.
  1. Bacillus Ferment yang diimport khas dari Sepanyol adalah teknologi mikrobiotik yang berfungsi sebagai enzim semulajadi untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dengan proses pengelupasan lembut sekaligus membaiki dan menguatkan ‘skin barrier’. Dengan itu, terhasillah penampilan kulit yang lembut, terhidrasi dengan baik, dan kulit lebih muda yang sihat.
  1. Lemon Fruit Water merupakan sumber yang kaya dengan Vitamin C semulajadi yang berfungsi untuk melawan radikal bebas dengan ciri anti-oksidanya. Dengan itu menghasilkan kulit yang lebih cerah, bersih dari bintik gelap dan tona kulit yang tidak sekata.
  1. Hydrolyzed Royal jelly protein adalah sejenis rangkaian peptide untuk penghasilan kolagen. Penjanaan semula sel kulit dapat membaiki ‘irritation’ dan keradangan kulit.
  2. Grape Fruit Water kaya dengan asid organik semulajadi dari Alpha Hydroxy Acids (AHAs) dan polisakarida semulajadi yang mempunyai keupayaan yang tinggi untuk memberikan dan mengekalkan kelembapan yang sempurna untuk kulit. Justeru, dapat menyuburkan kulit menjadi kulit baru yang berseri dan menenangkan kulit sensitif.

KENAPA PERLUNYA BIRDNEST INI?

Manfaat terutama Elixir ini terletak pada kandungan Birdnest Extract yang hanya boleh ditemui dalam Elixir Spray ini:

  • Sarang burung terkenal untuk mengekalkan awet muda. 
  • Kajian moden menunjukkan sarang burung kaya dengan faktor pertumbuhan epidermis “Epidermal Growth Factor”(EGF). Bahan ini bertanggungjawab untuk pembaikan kulit dan tisu yang rosak dengan pantas.
  • Sarang burung kaya dengan glycoproteins yang membawa sel dan kolagen bersama dan mampu menggalakkan pembiakan dan penjanaan semula sel-sel baru.
  • Melembutkan kulit
  • Menganjalkan kulit
  • Awet Muda

DAPATKAN BIRDNEST BEAUTY ELIXIR SPRAY UNTUK KECILKAN LIANG PORI SECARA 100% BERKESAN

Sesuai untuk semua jenis kulit sama ada jerawat, jeragat, kulit berminyak dan lain-lain. Yang penting, anda mahukan kulit yang sihat dan liang pori yang kecil serta tidak berminyak, maka anda patut pilih Birdnest Beauty Elixir Spray. Kulit ‘moist’ tahan lama, dapatkannya di sini!

Share:

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on linkedin

Isi Kandungan

Artikel Menarik

Jangan ketinggalan untuk baca artikel ini juga